Dengan ini nama-nama di atas adalah dirujuk.
2. Pertama sekali, anda semua telah banyak berkongsi ilmu dan menggembirakan aku. Belum puas mengenali kesemuanya. Tiada yang lebih baik antara kamu, (agar kita tidak memandang rendah orang lain) tetapi aku doakan anda semua sentiasa di kalangan yang terbaik.
All the love I’ve met,
I’ve had no regret,
If it all ends now,
I’m sad,
3. Maafkan segala kesalahan aku andai ada tersinggung perasaan, artikel penuh satira, terkasar bahasa, panggilan, atau teguran, terlepas pandang, komen mengarut, sikap kebudak-budakan.
4. Seperti yang pernah diucapkan Imam al-Ghazali, apabila kamu melihat dosa, maka bencilah dosa itu dan jangan benci orang yang melakukannya dan jangan juga merasa diri lebih baik daripada orang lain (supaya kita memperbaiki diri)
5. Jika ada perbezaan, raikanlah dan perbezaan itu tidak perlu dihapuskan serta-merta. Asalkan kebersamaan tetap ada iaitu sama-sama mahu berkongsi ilmu dan pendapat di blog (ada batasnya) Jika berlaku perselisihan, selesaikan dengan baik, janganlah sampai air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan.
6. Jauhkan sikap hasad dengki, kerana hasad dengkilah punca Iblis tidak mahu sujud kepada Adam. Hasad dengki jualah penyebab jenayah pertama; pembunuhan Qabil ke atas Habil.
Kecuali;
Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
“Tidak boleh hasad kecuali kepada dua orang iaitu, orang yang Allah anugerahkan padanya harta lalu dia infakkan pada jalan kebaikan, orang yang Allah berikan ilmu (al-Quran dan sunnah), ia menunaikan dan mengajarkannya.”
7. Mana yang baik di dalam blog ini, ambillah dan jadikan pengajaran. Mana yang tidak baik, semua datangnya daripada diri aku sendiri. Bagi yang baik, aku cuma harapkan ia memberi manfaat, dan semoga aku memperoleh syafaat di akhirat kelak daripada kamu semua, insyaAllah.
8. Percayalah Hari Akhirat, hari di mana setiap perbuatan menerima balasan, maka pengkhianatan dan penganiayaan yang berlaku, sila tangani dengan tenang dan sabar. Ketika itu juga kita ditanya tentang tanggungjawab kita, maka ingatlah, setiap kita ialah pemimpin.
9. Kepada blogger bukan Islam, aku bukanlah contoh muslim terbaik. Tetapi aku harap ada artikel dalam blog ini yang dapat menjelaskan Islam dan muslim yang sebenar. Aku menyeru anda kepada Islam, kerana hanya Islam yang boleh menyelamatkan kamu. Percayalah, aku bersyukur atok aku memilih jalan yang tepat dahulu (cina muslim). Semoga hidayah diturunkan ke atas kamu.
10. Untuk makluman, supaya tidak seperti batu jatuh ke lubuk, 18 Julai ini aku akan melapor diri di Pusat Latihan Maritim di Kuantan, bagi menjalani latihan asas maritim selama 5 bulan. Bermula sebagai pelatih bagi jawatan Laskar Kelas Dua Maritim, aku akan menjalani latihan intensif serta kuliah sepenuh masa.
11. So no more graphic job, no more Manchester United, no more DVD hehe...(stop at 351 VCDs and DVDs – O&P), and no more update in this blog.
12. Selepas ini jika berkesempatan, hanya update melalui MMS di Live Blog. Tidak lagi serius dan tidak lagi mesra (aku pasti merindui blog semua)
13. Doakan kejayaan aku. Semoga aku dapat menamatkan kursus dengan jayanya. Doakan aku berani, memajukan diri, tidak patah semangat dan tidak hilang amanah.
“Tanda orang munafik ada tiga; jika berbicara dia berdusta, jika berjanji dia mengingkari, jika diberi amanah dia mengkhianati.”
(Riwayat al-Bukhari)
“Even if armed with hundreds of weapons, there are times when you just can’t beat a man with a spear of his gut.”
(One Piece)
“A wound that’d make an ordinary man unconscious, I won’t lose to it. A wound that’d would kill an ordinary person, I won’t lose to it. To face one who is extraordinary, Hawk Eyes, I can’t allow myself to be ordinary!”
(Roronoa Zoro – One Piece)
“Listen up…you can pour drinks on me, you can throw food at me, you can even spit on me. I’ll just laugh that stuff off. But…nobody hurts a friend of mine!”
(Shanks – One Piece)
14. Kata-kata sahabat ialah doa. Jadi, sila panggil aku, Komander Maritim Tengkorak Emas hehe...(matlamat buat masa ini), semoga impian itu dapat dicapai. InsyaAllah.
15. For someone out there,
Please forgive me for the sorrow,
For leaving you in fear,
Still I’ll be the hand that saves you,
Though you’ll not see that it is me.
InsyaAllah.
So, goodbye for now everyone. Hope we’ll meet again. Assalamualaikum w.b.t.
Yang Benar,
.........................
Hasrul Shahril
(Tengkorak Emas)