Follow Me on Twitter

Thursday, July 29, 2010

Dah dapat akhirnya...

Yes!! Akhirnya aku berjaya upload video kat youtube! Ntah nape dah berjuta-juta percubaan aku (ok, agak melampau he) upload video tapi tengah2 download asyik error je, percaya tak? Tu pun youtube kata content video aku matched dgn third party, syarikat sound recording UMG. Memangla sebab aku guna lagu Plus 44..

Dah lama aku nak upload gameplay aku ni, sekurang-kurangnya terubat rindu di hati dah tak dapat main game ni..PC takdak graphic card maa..

Serba sedikit tentang game ni:

Pure, game yang bercorak perlumbaan sukan lasak ini direleasekan pada 16 September 2008 merupakan hasil kerjasama Disney Interactive Studios dan Black Rock Studio. Game ini mengajak pemainnya merasai suasana lasak dan ekstrem dengan menaiki ATV sama ada dalam bentuk perlumbaan atau aksi gaya bebas.

Setiap orang boleh memilih watak pelumba yang mempunyai personaliti tersendiri di samping mengubahsuai ATV mengikut spesifikasi enjin dan aksesori yang bersesuaian dengan kehendak litar atau aksi yang bakal dilakukan.


Yang merah tu ATV aku :D

Ok, cukup..kata sedikit..hehe Memang syok main game ni. Memandangkan aku tak pernah naik ATV (tapi teringin sgt nak naik) jadi hanya di game ni aku menunjukkan bakat dan trick2 maut yang tak tercapai dek akal.

Sila lihat video gameplay ni untuk bukti lanjut :D

Cepat2, sebelum youtube remove video ni! huhu


p/s: maaf andai kualiti video teruk..guna CamStudio tapi tak pandai setting..