Follow Me on Twitter

Tuesday, July 13, 2010

Design Exhibition Part 6




Memang suka menggunakan human model sebagai subject design, dan aku sendiri sebagai modelnya.. Terdapat juga kisah di sebalik design ni..

Inilah design yang pernah aku hantar sebagai portfolio utk apply job graphic designer kat sebuah syarikat di Kajang. Walaupun jurusan aku bukanlah dalam bidang grafik, tapi memandangkan ia sesuatu yang aku minat, jadi aku cuba apply job dalam bidang ni. Lagipun dalam hidup memang perlu berani mencuba, bila dah cuba baru tau setakat mana keupayaan dan bolehlah kita perbaiki kekurangan.

So aku kemudiannya dipanggil temuduga. Itulah pengalaman kedua ditemuduga selepas temuduga Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang merupakan pengalaman pertama aku. Cuma pada kali ini, aku sempat ditemuduga oleh mat saleh..fuh!

Antara soalan yg ditanya oleh pengasas syarikat tu, (sebelumnya aku sudah pun ditemuduga oleh seorang melayu, tentang basic2 graphic design, website design, dan serba sedikit mengenai syarikat)

Mat Saleh : Do you playing badminton? (musim Piala Thomas time ni)
Aku : Yes

Mat Saleh : Do you playing games? What kind of games
Aku : Yes. All kind of games. (haha style malas nak ckp bi panjang2)

Mat Saleh : Do you do push up?
Aku : ??? Yes.

Mat Saleh : How many times you can do push up?
Aku : ermm…I didn’t count..but..I can do many times.. (haha style malas lagi)

Then, dia tanya lagi tentang hal2 kesanggupan bekerja, basic gaji dan sebagainya. Dan rupa-rupanya, aku perlu bekerja dalam team yang akan buat selling jika diterima bekerja…selling sana sini (berkaitan service mereka, lebih kepada sales consultant)

So, lastly aku agak kecewa kerana apa yang aku expect adalah job sebagai designer, bukan base on selling at first priority. Anyway, aku tak dapat pun job tu. Sebab aku cakap nak stay Kajang je kot sedangkan dia nak aku ke sana sini..

Namun, aku tetap berfikiran positif. Sekurang-kurangnya aku dapat menimba pengalaman ditemuduga Mat Saleh, dan dalam masa yang sama dapat belajar tentang perbezaan XML dan HTML (malam sebelum temuduga memang study gile2 pasal ni, dapatlah ilmu sikit haha) Thanks juga kepada penemuduga, especially mat saleh tu, memang mesra dan peramah, tak rasa kekok sgt jwb soalan dia cuma tak sempat nak bina ayt panjang2 dalam BI hehe