Follow Me on Twitter

Tuesday, July 27, 2010

Inspirasi workout

Entri ringkas ni merujuk kepada entri sahabat bloggerku bro Fyzal berkenaan inspirasinya untuk menjalani workout kat gym. Dia menjadikan bro ben ashaari dan bro aie sebagai sumber inspirasinya..

Bagi aku, workout ni membantu seseorang untuk kekal sihat dan berdisiplin dalam mengatur masa untuk bersenam.

Bro Fyzal sendiri seboleh-bolehnya mengatur sedikit waktu buat dirinya supaya tidak ketinggalan untuk melakukan workout di gym. Sebagai student law, bukan mudah untuk mempunyai masa terluang tapi sekiranya pandai mengatur masa, ia bukan menjadi masalah seperti mana yang bro Fyzal lakukan.

Lagi satu, workout membantu seseorang lelaki mendapatkan bentuk badan yang cantik. Dengan ini, dapat juga membantu membina keyakinan dan penampilan diri.

Aku tak pernah lagi masuk ke gym. Kat Kuala Selangor ni aku tak jumpa lagi gym. Jadi aku cuma bergantung pada equipment yang tak seberapa kat umah aku ni. Tak lupa juga tempat gayut yang ada kat taman permainan :D

Sumber inspirasi aku? Mestilah bro ben ashaari juga :D Tapi memandangkan aku kaki wrestling, memang aku minat sorang WWE Superstar ni. (Lihat video~Nak letak video en ben takde pulak haha)

Randy Orton the Viper




P/s: Cuma nak bentuk tubuh badan je, bukan nak tiru tatu yang dicacah kat badan dia.