Follow Me on Twitter

Wednesday, July 21, 2010

KENANGAN RAMADHAN BERSAMA BEN ASHAARI: Hal moto



Baru-baru ni top blogger ben ashaari ada buat segmen baru sempena Ramadhan yang bakal tibe. Inilah peluang aku nak join. Sebelum ni tak berpeluang aku nak join segmen yang beliau kelolakan.

Bagus segmen ni. Aku tau pun memang daripada blog beliau. ^__^ Boleh berkongsi kenangan Ramadhan dengan blogger lain sambil merapatkan ukhuwah sesama blogger. Bercakap tentang kenangan Ramadhan aku, selalunya biasa je dipenuhi dengan hidangan lauk pauk masakan mak dan juadah kat pasar. Kemudian solat sunat tarawih di malam hari dengan penuh tawaduk, cewah! ^_^

Tapi, ketika Ramadhan 2005, berlaku sesuatu yang menguji stamina dan kekuatan fizikal mental ku menghadapi bulan pose. Lebih-lebih lagi menguji ketahananku menahan dahaga.

Masa ni aku nak balik cuti raya dari Bandar Seri Putra, Bangi ke Kuala Selangor dengan menaiki moto. So mengikut kebiasaan, pas tol Bandar Seri Putra tu, aku akan amik susur ke Seremban sebelum amik susur ke Shah Alam. Masa ni, takde stesen minyak lagi kat Bandar Seri Putra. Just bergantung pada tauke cina kedai moto untuk isi minyak.

Nak dijadikan cite, minyak habis lak petang tu. Memang ada lagi minyak dalam tank tapi tak cukupla nak sampai Kuala Selangor. Aku nekad bawak je terus, sempat agaknya sampai R&R Dengkil. Dengan selamba dan machonye aku bawak TZM aku meluncur laju atas highway macam geng superbike Singapore.

Dah memang cari nahas, masuk je susur Shah Alam, moto aku mula merengek..aku kata sabarla, still merengek juga..aku tarik choke, tak merengek tapi tak lama tersedak-sedak lak moto aku tu. Last-last senyap. Arghh!Aku check tank memang sah minyak dah kering.

Waktu tu, otomatik dalam fikiran aku, takkan stuck kat highway ni? Nak buka dengan apa nanti? Lagi berapa jam lagi nak buka. Air liur je aku ada masa tu (T__T) Sempat gak aku fikir tak balik rayala gamaknya..aku pasrah, sendiri cari nahas yakin sangat tak nak isi minyak.

Kete-kete sume meluncur deras. Nak harapkan moto jela tapi 2-3 je tu pun tak berhenti. Nak call member kredit memang ngam-ngam takde. Memang nak uji aku la kot. Adehh..jadi aku pun mula menolak moto tu..biasela susah-susah baru nak ingat Allah. Ayat kursi, tasbih, tahmid, takbir sume aku baca. Kalau sume dah takde, harapan pada Allah jangan pernah hilang. Aku sentiasa ingat tu dalam hati, so tak putus-putus doa padaNya.

Bayangkan highway sebelum susur KLIA tu agak beralun sikit. Time menurun memang legala sikit, time menaik mak oi..aku tolak TZM bukan EX5. Masa ni memang cukup menguji stamina dan semangat aku. Aku kuatkan semangat, tolak..tolak..tolak..sampaila nak dekat susur KLIA. Dahaga tu jangan cakapla. Bagi aku satu tong mau boleh habis.

Akhirnya, time ni bantuan Allah tiba..ada sorang brader ni berhenti tanya apa masalah aku. Dan dia menawarkan bantuan tunda moto aku ke R&R Dengkil. Terima kasih sangat-sangat kat brader tu. Sanggup dia tolak moto aku ni dengan kaki dia. Nampak macam dah biasa tunda-tunda ni. Relax je dia tunda, naik Kriss je.

Sampai gak kat Petronas, Hentian Dengkil. Aku ucap terima kasih pada brader tu dan dia pun gerak terus. (Aku ada nak hulur sikit duit tanda terima kasih tapi dia tak nak) Then, aku terus bagi moto aku tu ‘minum’. Dah haus sangatla tu. Aku isi 25 (dah macam kete). Aii..dah ‘berbuka’ moto aku ni. Tuannya pun belum buka lagi.

nila moto yang tak larat 'berpuase' tu :D

Jam dah lepas kul 6 tak silap aku. Aku sempat beli 100Plus mana tau tak sempat sampai umah buka pose. Apalagi, minyak dah isi. TZM pun dah bertenaga, aku pun pecutla (tapi still berhemah bukan main rempit je tau)

Dan Alhamdulillah..sumenya lancar hingga aku sampai kat umah dalam kul 7. Alhamdulillah juga, aku tak terbuka pose pas tolak moto tu. Lagi jap pun lagi nak buka rugila kan? Sempatla buka pose kat umah, kikiki..masa makan tu memang syok aku bercerita hehe Sume pakat cakap aku kuat :D

Begitulah serba sedikit kenanganku di bulan Ramadhan yang mencabar (eh yeke?) Jadi pada sesiapa yang nak join, klikla gambar atas sekali tu ye..

p/s: Kepada moto aku, banyak ‘minum’ kan ko..dahla gemuk, tuan ko ni kecik je..tapi kecik-kecik dia jiwa besar tau..^__^