Follow Me on Twitter

Friday, July 16, 2010

Sepatutnya vs Sebenarnya

Mendapat inspirasi daripada buku ‘U-Turn Ke Jalan Lurus’ karya perunding motivasi dan penceramah bebas, Zul Ramli M. Razali. Dalam buku beliau ada bab mengenai penggunaan perkataan ‘sepatutnya’ dan ‘sebenarnya’ yang diolah melalui cerita motivasi bersandarkan hadis Qudsi.

Perkataan ‘sepatutnya’ diucapkan seseorang bagi menunjukkan rasa tidak puas hati dan jarang hendak berpegang pada kebaikan yang sedia ada.

Manakala ‘sebenarnya' menjadikan seseorang itu lebih menghargai dan menghayati hikmah sesuatu, di samping berusaha untuk memajukan diri tanpa dikawal oleh emosi liar.



Ingin aku kongsikan pandanganku terhadap penggunaan ‘sepatutnya’ dan ‘sebenarnya’ ini.

Sepatutnya agama Islam tidak mengongkong umatnya. Ini tak boleh, itu tak boleh..
Sebenarnya agama Islam merupakan gaya hidup sempurna tanpa kebinasaan dan jalan menujuNya. Bersyukurlah kerana menjadi umat Islam.

Sepatutnya harga itu ini patut diturunkan..kenapa mesti dinaikkan?
Sebenarnya tiba masa untuk berjimat. Kurangkan merokok kemudian berhenti. Duit yang ada tak perlu digunakan untuk judi, kelab malam dan sebagainya.

Sepatutnya sudah mendapat kerja yang lebih baik..
Sebenarnya rasa bersyukur kerana mempunyai kerja. Dengan kelebihan yang ada perlu menjadikan kerja sebagai kerjaya (kerja+Berjaya)



Sepatutnya pensyarah memberikan markah yang lebih baik..
Sebenarnya masih diberi peluang untuk memperbaiki mutu pembelajaran.

Sepatutnya kekayaan membawa kepada kebahagiaan dan ketenangan hati..
Sebenarnya kekayaan yang ada boleh digunakan ke jalan Allah bukan jalan kemaksiatan.

Sepatutnya kekayaan lebih layak pada yang menghargai nikmat Allah.
Sebenarnya kesederhanaan yang tidak membuatkan diri lupa padaNya dan sentiasa mendekatkan diri kepadaNya.



p/s:Sepatutnya entri ini penuh dengan huraian..
Sebenarnya aku rasa bersyukur diberi kesempatan menulis dan berkongsi   pandangan :D

Sumber gambar: Google Images