Follow Me on Twitter

Wednesday, August 11, 2010

Adakah anda lesu?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Salam Ramadhan buat semua…pastinya kita menyambut ramadhan hari ini dengan penuh semangat, kan? Awal-awal lagi kita sudah bangun untuk menikmati sahur. Oh..sungguh indah suasana bersahur apabila disertai dengan solat subuh di awal waktu, yang jarang-jarang dapat kita lakukan termasuk aku..huhu

Hanya beberapa jam lagi untuk berbuka puasa. Namun, itu bukanlah persoalannya. Persoalannya, adakah kita masih bersemangat? Janganlah jadikan alasan puasa sebagai tiket untuk nampak lesu dan tidak bersemangat. Malah, puasa sebenarnya memudahkan kita meningkatkan mutu produktiviti kerja atau  tugasan kerana tidak perlu terikat dengan masa makan dan minum lagi.

Janganlah pula saat berpuasa dihabiskan dengan tidur yang berlebihan, kerana ia akan membuatkan badan menjadi bertambah lesu. Kekalkan kecergasan tubuh badan nescaya minda turut menjadi cergas.

Rasulullah s.a.w dan para sahabat sentiasa kekal cergas di bulan Ramadhan. Malah, puasa bukanlah alasan untuk mereka tidak memenangi Perang Badar dengan jayanya pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah/642 Masihi.

Jadi kepada sesiapa yang lesu dan tidak bersemangat, apa kata anda lihat video sukan lasak Freestye Motorcross ni. Kali ni, lebih menjanjikan tricks yang membuatkan anda terpegun seketika. Lepas hilang rasa lesu tu, terus bangun dan penuh semangat buat sebarang aktiviti yang berfaedah. Terus bersemangat! :D




p/s: Jom, satu hari satu juzuk!