Follow Me on Twitter

Wednesday, August 4, 2010

Berhenti sekejap je takkan tak boleh..

Assalamualaikum kepada semua yang membaca blog ni..

Petang tadi ketika aku sedang memandu, aku dapat lihat dengan jelas sebuah motor di arah bertentangan dilanggar. Pertama kali aku lihat kemalangan berlaku di depan mata. Aku perlahankan kereta dan sempat berhenti di bahu jalan. Motor lelaki tu berpusing hampir 2 kali. Lelaki tu bingkas bangun sambil tersengih sebaik tercampak ke bahu jalan. (Mungkin kecederaan ringan…nasibnya baik..dan kenapa dia tersengih aku tak tau)

Apa yang aku lihat sekali imbas sebelum kejadian tu, motor tu keluar dari simpang secara melulu menyebabkan sebuah kereta Proton Saga di jalan utama merempuh sedikit bahagian belakang motor tu.

Bila dah berlaku kemalangan, kelihatan kedua-dua pemandu kereta dan penunggang motor tu berbincang sesuatu di tepi jalan. Mungkin bagi menyelesaikan hal tersebut.


Bagi aku, salah penunggang motor sebenarnya sebab keluar dari simpang secara mengejut. Walaupun motor kecil tapi masih ada risiko untuk berlaku kemalangan. Apa guna signboard BERHENTI atau BERI LALUAN? Mestilah untuk mengelakkan kemalangan begini.

Aku andaikan penunggang tu mempunyai lesen memandu dan pastinya mengetahui peraturan di simpang dan maksud signboard BERHENTI atau BERI LALUAN. Tapi mengapa masih tidak menghiraukannya? Inilah yang dinamakan mempunyai ilmu tapi tidak mempunyai kefahaman terhadap ilmu. Walaupun tau perlu berhenti dan memastikan tiada kenderaan lain sebelum keluar dari simpang, namun tidak faham mengapa perlu berhenti.

Disebabkan ilmu tanpa kefahaman, seorang murid sanggup memukul gurunya.

Disebabkan ilmu tanpa kefahaman, remaja muslim berzina dalam surau.

Disebabkan ilmu tanpa kefahaman, seorang yang mempunyai pangkat sanggup membunuh diri.

Disebabkan ilmu tanpa kefahaman, para ulama bergaduh kerana politik.

Disebabkan ilmu tanpa kefahaman, cerdik pandai menggadai harga diri.

Banyak lagi contoh lain yang anda semua dapat fikirkan. Jadi, sama-samalah kita mengambil iktibar, sertakan kefahaman dalam setiap ilmu yang diperolehi dan diamalkan. Maka dengannya kita pasti beroleh manfaat.