Follow Me on Twitter

Tuesday, August 17, 2010

Blogger yang terdesak ~ Edisi sempat

Salam Ramadan buat semua masyarakat Islam. Yes! Sempat juga aku buat entri ‘Blogger yang terdesak’ anjuran bro Rohaizad. Entri ‘Blogger yang tersepit’ sebelum ni tak dapat nak dikongsi ramai sebab tak sempat siap pada waktunya. Okay, aku share kisah yang dapat aku imbau kembali.

Kisah ini berlaku ketika aku belum bergelar blogger. Tetapi disebabkan ia menjadi sejarah diri aku yang sudah bergelar blogger maka rasanya ia layak untuk dikongsi sebagai entri ‘Blogger yang terdesak’. Memandangkan ia telah lama berlaku, maka aku lebih suka menyebut ‘blogger yang telah terdesak’ :D

Pemikiran seorang gamer

Seorang blogger tak semestinya hanya mempunyai minat ke arah blogging sahaja. Begitu juga dengan aku yang sampai sekarang masih meminati permainan video berplatformkan PC. (Nampak macam khusyuk buat kerja kalau main PC Game :p)

Okay, nak start cite dah ni. Masa tu aku masih dok kat umah sewa dengan beberapa orang member yang juga minat PC Game ni. Masing-masing akan cari masa terluang untuk main game kegemaran disebabkan PC untuk gaming cuma sebuah je.

Tetapi masing-masing tak begitu terdesak untuk main game sebab game yang dimainkan memang tak mewujudkan persaingan sangat. Macam Fifa 2007, Fifa 2008, Fifa 2009, Red Alert 3. Game bola pun boleh main dua orang. Game skateboard pun aku sorang je suka. Ada gak yang main game mencari benda tersembunyi, buat burgerla, jaga salonlah (memang stok dah bosan gile)

Nampak tak Maggie Q?Tak elok tunjuk gambar real bulan puasa ni..ki3

Hinggalah salah sorang member aku, beli Need For Speed Undercover yang ada Maggie Q sekali tu. Masing-masing teruja sebab game storymode dalam bentuk ala-ala filem dengan menggunakan pelakon sebenar seperti Maggie Q dan Christina Millian. Game mode pun best, macam biasa ada police pursuit, bounty dan race. Grafik pun lawa…dan…(cukup2, ni bukan game review ki3)

Waktu ni masing-masing tak senang duduk…termasuk aku…sangat terdesak untuk main game ni sampaikan berlumba-lumba balik ke rumah sewa dari kelas. Buat seketika, rutin minum ABC waktu petang dilupakan…he3

Best woo...

Tapi, cukup kecewa bila tengok ada member lain tengah main game tu. Kadang-kadang, terdesak punye pasal, aku dok je kat sebelah tengok member aku main…ehem..tak faham lagi ke..ko dah lama main…(dalam hati..he3) tak lama nanti dia akan cakap, “eh, ko mainla..aku tak solat lagi..” ha3 aku dah solat masa tu.

Nak jadikan cerita, minggu exam pun bermula. Jadi, masing-masing sibuk menelaah pelajaran, buat nota semua…he3 aku? Aku dah buat nota sejak awal semester lagi so aku memang amik kesempatanla atas kesibukan orang lain. Masa ni bulan puasa gak. Dan exam aku ada beberapa hari gap. Jadi, disebabkan terdesak nak habiskan game tu, aku sanggup bersengkang mata tak tidur malam. Hasilnya peratusan storymode aku semakin ke penghabisan. Yes!

Kadang-kadang ada gak member aku yang tak tido, jadi aku amik peluang untuk study dan tido. Pas sahur dia tido…aku pulak ambil alih..macam tula senarionya..hu3

Akhirnya hari dinanti tiba. Aku dan member aku sorang lagi memang dah saling bersaing peratusan storymode…tapi aku rasa aku ada peluang lebih tinggi…dan aku dah sedia taktik.

Kereta favourite...dalam gamela

Hari tu, kami ada exam Undang-undang Pentadbiran Harta..sesi pagi..dalam 3 jam..he3 aku dah sedia lama dah..exam gap untuk aku revise je..so aku jawab paper tu dalam 1 jam setengah je kot…takla senang dan susah sangat…dah siap, semak sikit, dan aku keluar dewan. (dok lama-lama asyik terbayang nak modify Gallardo :p)

Balik rumah sewa, tapi sampai-sampai je baru aku sedar, kunci rumah kat member lain…argh sudah…terdesak punye pasal nak habiskan game tu, aku keluarkan lesen memandu (ala nanti renew gak) dan guna skill ala2 James Bond…hu3

Bukan sekali, tapi berkali-kali gak aku swipe lesen tu..sampaila KCAK! Akhirnya pintu dapat dibuka (aku pun tak pasti bunyi sebenar)

Masuk-masuk je aku terus on PC dan start main game tu, dengan siap berkemeja dan bertali leher. Aku tak peduli dah masa tu. Terdesak punya pasal dan tak nak kalah dengan member aku. Just tanggal songkok je letak tepi PC. Aku main dan main…



Tak lama pastu member-member aku balik…dan masa tu gak aku tunjuk ending video dan credit highlights for game tu…he3 tandanya aku dah berjaya habiskan storymode dan complete game percentage. Memang hangin je member-member aku, lagi-lagi bila dapat tau yang Maggie Q tu watak jahat sebenar. Kurang sikit semangat mereka nak main..hu3 kesian lak aku buat macam tu. :p

Sejak tu, bermulalah persaingan sengit untuk menghabiskan game2 terbaru antara kami. Dan berterusanlah rasa terdesak aku untuk menjadi yang terawal menghabiskan game. (selalu musim exam..hu3) Dapat hadiah? Tak..tapi aku rasa puas bila dapat jadi yang terbaik…he3 Dengan taktik yang sama, aku berjaya habiskan Pure, Flatout Ultimate Carnage, Prototype, Bionic Commando, Wheelman dan Street Fighter IV lebih awal drpd mereka sepanjang dalam persaingan.

Jadi, itulah kisah aku, blogger yang telah terdesak. Rasa terdesak yang kadang membuatkan masa tidur dan exam preparation aku tak tentu hu3…nasib baik aku jenis yang study awal..kalau tak, lingkup result woo…

Images Source: Google

p/s: aku dah jarang main game