Follow Me on Twitter

Tuesday, August 3, 2010

Blogger yang 'tersepit' ~ Edisi saje2

Lihat video ini dahulu untuk suasana ceria :D


Pernah tak tersepit macam tu? Aku pun tak tau apa reaksi aku kalau aku dalam situasi tersepit macam tu huhu

Sepatutnya entri ni dipublishkan sebelum pukul 12 malam tadi (2 Ogos 2010), tapi aku tak sempat untuk berkongsi entri aku dengan blogger2 lain dengan entri mereka yang hebat2 dalam blog bro Rohaizad. Tapi bak kata Hasrol Nizam, tulis je entri sekadar nak beronok-ronok..:p

Aku cuma selalu berada dalam keadaan ‘tersepit’ bila aku nak beli dvd filem. Sebagai penggiat peminat filem, memang aku selalu perhatikan pasaran filem ni (cewah!) Lupakan soal wayang, sebab bila aku tengok wayang, andai filem tu best, aku tetap akan cari dvd filem tu untuk ulang tayang. Jadi persoalannya adalah tentang pembelian dvd tu.

Seperti kaum wanita yang teruja meliha papan tanda ‘SALE’ kasut, baju dan sebagainya, aku pula teruja melihat dvd di kedai2 seperti Speedy dan Music Valley. Tapi, yang menjadikan aku ‘tersepit’ adalah apabila banyaknya lambakan dvd cetak rompak yang kadang2 menyediakan kualiti gambar yang hampir sama seperti original.

Memang salah di sisi undang2 penjualan cetak rompak ni (Akta Hakcipta 1987). Walaupun banyak serbuan telah dibuat di premis2, dengan adanya golongan pembeli tegar, maka wujud semula premis2 baru yang tumbuh seperti cendawan.

Aku tak pernah jumpa kaset cetak rompak..

Terus terang, aku salah seorang pembelinya. Kadangkala aku tersepit ketika hendak membuat keputusan “original atau cetak rompak”. Original harga RM 32.90 / RM 24.90 / RM 16. Cetak rompak pula harga RM 20 untuk 3 dvd / RM 35 untuk 5 dvd termasuk percuma 1. Dengan kualiti gambar yang hampir sama, (cuma subtitle yang kelam kabut dan tiada casing walaupun original dvd copy) menjadikan dvd cetak rompak pilihan kebanyakan pembeli. Tapi ada juga dvd cetak rompak (terutama filem latest) yang kualitinya rendah sepadan dengan title cetak rompak.

Masalah ‘tersepit’ aku ni hanya datang sekali sekala. Sebenarnya, aku lebih mengutamakan dvd atau vcd original. Tapi sakitla kalau nak beli yang original je selalu. (Nasib baik Speedy banyak buat promosi) Jadi aku dah kurangkan pembelian dvd ni. Dah 2 bulan rasanya tak beli original…dan 3 bulan tak beli yang ‘pirate’…tapi..baru 2 hari lepas aku beli Universal Soldier A New Beginningpirate’ versi original copy..:p tak tahan woo..



p/s: Filem tempatan aku tak nak beli ‘pirate’ k…dah ramai yang download haha