Follow Me on Twitter

Friday, August 13, 2010

Cukup-cukuplah...tak perlu 'berpuasa' lagi..

Salam ramadhan buat semua masyarakat Islam. Amacam tajuk? Kontroversi tak? Sowi sowi…saja nak eksperimen tajuk entri so jangan cepat melatah hehe sila baca entri ini sampai habis. (Tertarik dengan tajuk entri kak hanim, Berbuka hari ini mahu makan roti bom berharga RM1,836! Haha!)

Manusia pada asalnya kejadian Nabi Adam terdiri drpd dua juzuk penting. Juzuk pertama adalah jasad yang dibentuk drpd tanah. Manakala juzuk kedua adalah roh yang dimasukkan ke dalam tubuh yang kaku untuk tubuh itu hidup. Setelah dimasukkan roh ke dalam tubuh, maka bermulalah permulaan hidup Nabi Adam a.s dan Allah memerintahkan seluruh malaikat untuk sujud menghormatinya.


Disebabkan unsur kejadian jasad drpd tanah, maka kita memerlukan makanan-makanan yang kebanyakannya drpd tanah, seperti nasi dan sayur-sayuran. Dan ketika bulan Ramadhan ini, kita perlu mengawal rasa lapar dan dahaga drpd semua jenis makanan ini selain drpd menjaga anggota-angota badan drpd melakukan maksiat.

Namun, sedarkah kita makanan bagi roh? Adakah pernah kita mendengar mengenai santapan rohani? Makanan bagi roh pastinya yang berkait dengan penciptaan roh itu sendiri. Roh merupakan ciptaan Allah maka makanan dan santapannya adalah kembali kepada Allah dengan melakukan ibadah dan mengingati-Nya.


Sedarkah kita, hampir 11 bulan kita mungkin membiarkan roh kita ‘berpuasa’ tanpa menjamah santapan yang sebenarnya membuatkan roh kita bertenaga menjalankan kehidupan sebagai sebenar-benar manusia? Pabila tiba waktu ‘sahur’ (subuh) kita terlalu melewatkannya, malah ada juga tidak menunaikannya.* Pabila tiba waktu ‘berbuka’ (maghrib), tidak juga kita menyegerakannya, malah melengah-lengahkannya.*

Dan kini setelah Ramadhan tiba, barulah kita serba sedikit mula memberi santapan kepada roh tanpa kita sedari dengan menunaikan solat fardhu di awal waktu dan solat sunat tarawih berjemaah, di samping membaca al-Quran dan berzikir mengingati-Nya.

Maka, diharapkan setelah itu, kita tidak akan membiarkan roh kita ‘berpuasa’ pada bulan-bulan berikutnya. Cukup-cukuplah ‘berpuasa’ sebelum ini.

WaAllahua’lam.

p/s:* sekadar analogi. Jom solat jumaat :)