Follow Me on Twitter

Sunday, August 1, 2010

Design Exhibition Part 7

Base on online tutorial

escape stuDIO..salah satu impianku yang aku canang-canangkan pada rakan-rakanku satu ketika dahulu. Terima kasih kepada rakan-rakan yang memandang positif hasratku ini. Terutama kepada sahabatku Haikal, bekas pelajar jurusan IT (boleh add dia kat fb) yang menyambut baik cadangan tersebut malah sudi bekerjasama denganku. Dialah yang banyak berusaha memastikan escape stuDIO aktif. (Tapi sekarang dah tak aktif T__T)

Namun, ia bukanlah syarikat yang beroperasi secara rasmi. Sekadar suka-suka namun masih berasaskan perniagaan. Aku tersenyum sendirian tatkala mengenangkan betapa aktifnya escape stuDIO ketika itu. Dibantu oleh Haikal dan Ayid yang sibuk mencari klien, pernah satu ketika katilku penuh dengan laptop yang hendak di ‘format’ dan dibuang virusnya. (hmm..ayat boleh buat novel tak?haha)

Memandangkan Haikal pandai melukis, jadi dia sememangnya berjaya mempromosikan escape stuDIO dan menarik ramai pelanggan di kalangan pelajar IT sendiri yang nak menyiapkan final project masing2-masing dalam bentuk flash animation.

Projek terbesar yang turut melibatkan aku adalah projek menghasilkan satu modul interaktif buat pelanggan PUSPAKOM. Aku terlibat dalam penghasilan interface manakal Haikal lebih kepada bahagian grafik. Bila dilihat semula, kami boleh buat lebih baik…tapi saat tu memang berpuas hatila. (Duit dah dapat nak cite ape lagi haha)

Some part of modul.
Asal format .swf namun diconvert ke .avi (error codecs so no sound, sowii)



Modul interaktif ini dihasilkan dengan Adobe Flash Professional. Sejak aku ‘format’ laptop aku, aku tak dapat install lagi software ni, error sebab ada komponen flash tak dibuang. Jadi aku cuma guna Macromedia Flash 8 (tak bestnye) Walau apa pun, Adobe Photoshop tetap di hati :D