Follow Me on Twitter

Sunday, August 8, 2010

Design Exhibition Part 8



Assalamualaikum…Inspirasi tercetus drpd komen parkcheek di entri ini. Hehe..ingat usahawan dan badan korporat je ke boleh ada name card? Blogger pun boleh juga woo. Lagi2 blogger yang kerdil seperti aku, sebagai salah satu cara mempromosikan blog.

Aku rasa RedMummy ada name card. Tapi still berasaskan business beliau. (Kalau yang ada blogshop, memang better sangat2 buat name card) Apa yang aku maksudkan adalah blogger2 yang memang sekadar blogger. Lebih2 lagi blogger yang hebat-hebat macam Ariffshah, Ben Ashaari, joegrimjow (ada herbalife) dan blogger seperti En Eyriqazz yang selalu join pelbagai events.

Dengan adanya kad tu boleh menarik peluang menjana pendapatan juga. Blogger yang ada name card boleh mempromosikan blog mereka dengan lebih profesional. Kalau pergi mana-mana event, boleh bagi kad tu pada kenalan baru dan orang-orang korporat yang terlibat.

Letaklah beberapa blog detail seperti pagerank ke, alexa rank ke, blog description ke, mana tau boleh menarik minat syarikat korporat untuk meletakkan iklan di blog. Atau pun menarik minat organizer untuk menjemput blogger tersebut hadir ke mana-mana event mereka supaya blogger dapat expose event atau sesuatu  kempen mereka dalam blog. (blogger mempunyai kuasa mempengaruhi masyarakat melalui penulisan)

Bukankah bagus macam tu. Hehe…adakah cadangan aku ni pernah dicadangkan? Kalau pernah, maka ia adalah secara kebetulan tau..huhu…design name card kat atas tu pun blueprint lagi. Ada duit lebih aku nak print out..haha