Follow Me on Twitter

Wednesday, August 4, 2010

Design Exhibition Special Edition ~ Man Utd


5 days to go

Assalamualaikum buat semua yang hadir ke blog ini..

Specialnya exhibition pada kali ini bukanlah berdasarkan kualiti design poster di atas (design tahap amatur) tetapi kerana ia dibuat sempena pertemuan dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United vs Chelsea pada 8 Ogos ini untuk merebut FA Community Shield Cup.

FA Community Shield Cup pada asalnya akan direbut oleh kelab yang memenangi trofi Liga Perdana Inggeris, ditentang oleh pemenang FA Cup. Memandangkan Chelsea memenangi kedua-dua piala tersebut maka Manchester United diangkat sebagai lawan kerana merupakan runner up team.

Berdasarkan dua pertembungan terakhir dua kelab ini pada tahun 2009 dan 2007 bagi piala tersebut, kemenangan ditentukan oleh sepakan penalti (tolongla, kali ini aku tak nak penalty kick)

Pada 2007, Manchester United memenangi piala ini dengan kemenangan 3-0 melalui penentuan sepakan penalti (Van Der Sar wira :D) setelah kedudukan 1-1 kekal hingga tamat permainan. Pada tahun 2009, Chelsea pula memenangi piala ini setelah menewaskan Manchester United 4-1, juga berdasarkan penentuan sepakan penalti setelah kedudukan 2-2 kekal hingga tamat tempoh permainan sebenar.

Untuk tahun 2010 ini, kelab manakah bakal merangkul piala ini? Sama-sama kita saksikan. Kepada penyokong Manchester United, Glory Glory Manchester United! Kepada penyokong Chelsea….hm…no komen.. :p Apa-apa pun sama-sama kita nantikan fair play match.

p/s: Selangor dah menang title, kali ni tunggu MU mengganas lak..haha..aku dah bold banyak tu wei