Follow Me on Twitter

Saturday, August 7, 2010

Flatout Ultimate Carnage

Assalamualaikum…

Ntah nape aku rasa excited nak buat entri pasal game lagi. Maaflah andai entri ni tak berkualiti. Aku cuma nak berkongsi keseronokan dunia gaming dengan semua hehe (tapi ni bukan review, just cite serba sedikit)

Ok, aku ada satu game yang boleh buat sesiapa yang geram dan mencari-cari tempat untuk lepaskan geramnya. Terutamanya kepada golongan pemandu yang penat memandu dan berdepan dengan pelbagai ragam manusia tika memandu di jalan raya.

Dalam dunia realiti, bila memandu belakang kereta yang lembab macam siput (mustahil la macam siput..haha) sedangkan dia sepatutnya (rasa tak puas hati) memandu laju di lorong tersebut, mesti rasa nak langgar je bontot kereta tu kan? Tapi nanti kereta kita pun turut kena sekali (sabarla ye..)

Jadi, memperkenalkan game Flatout Ultimate Carnage (release tahun 2008~Windows-based PC, lama dah.. hu aku takdak blog masa tu)


Game bergenre arked dan simulasi ini bukan sahaja menghidangkan suasana perlumbaan ekstrem penuh aksi malah menyediakan mode deathmatch derby. Pernah tengok tak beberapa buah kereta berkumpul dalam stadium dan saling berlanggar satu sama lain? Ha macam tula game ni.

Tak payah risau kereta kemek ke apa sebab memang aspek utama game ini adalah anda perlu menghancurkan kereta lawan. Jadi boleh lepaskan geram anda dengan bermain game ni. Kereta2 yang smart tu memang untuk dilanggar..huhu..tapi anda juga perlu pandai mengelak drpd dilanggar lawan. Impak ‘melanggar’ dan ‘dilanggar’ ke atas kereta anda adalah berbeza.

Malah, terdapat 8,000 objek pada setiap litar yang boleh menjadi punca kereta anda tercampak atau menyebabkan anda menduduki tangga tercorot perlumbaan. Jadi game ini mengajar anda agar turut berhati-hati dengan keadaan sekeliling semasa memandu, kerana dengan hanya sedikit geselan pada sesuatu objek mungkin boleh menyebabkan kemalangan.

Kebaikan:   Terdapat pelbagai mode menarik untuk dicuba selain drpd perlumbaan. Setiap mode menyediakan pingat sebagai aras kehebatan.

Salah satu game yang menyediakan sepenuhnya fungsi Windows – Live yang membolehkan pemain2 bermain secara online.

Grafik yang cantik melalui pemandangan litar dan rekabentuk kereta. Diharap menjadi inspirasi kepada pembangun game di Malaysia.

Keburukan: Perlumbaan bercorak ganas dan penuh aksi kerana setiap pemain tidak dibiarkan berada dalam zon selesa. Sama ada anda melanggar atau dilanggar.

Tak nak cite banyak, sila lihat game trailer untuk penghayatan sebenar :p



p/s:Main game berpada-pada, jangan lupa solat di awal waktu ^____^