Follow Me on Twitter

Sunday, August 22, 2010

Hidup lebih bermakna

Satu ketika dahulu…

“Kamu jangan berlagak yang kamu dah pandai sangat. Memang aktiviti tu tak wajib tapi saya nak kamu semua pergi. Kamu semua sedar atau tidak? Apa yang kamu dah sumbangkan pada agama dan masyarakat? Kalau kamu kerja besar pun nanti tapi tak menyumbang apa-apa tak ada gunanya”

Lebih kurang begitulah isi dialog yang dilafazkan ustaz yang pernah mengajar aku Tarikh Tasyriq al-Islami (Sejarah Pensyariatan Islam) kepada kelas aku terutamanya pelajar lelaki disebabkan kami semua tak menghadiri satu program ceramah dalam bahasa arab di masjid yang melibatkan diri beliau sebagai penterjemah.

Memang betul sangat apa yang dikatakannya itu. Kata-kata itulah yang aku ingat sampai sekarang. Jadi, walau apa pun kerja dan status aku, aku harap dapat menyumbangkan sesuatu kepada agama dan masyarakat.

Mungkin blog ini boleh dijadikan medium untuk aku menyumbang sesuatu. Walaupun hanya blog cacamarba tanpa niche tertentu, ia masih boleh dimanfaatkan. Tapi aku tak nafikan, aku masih akan jadikan blog aku platform untuk aku berkongsi apa yang aku minat. Hasilnya, terpublishla entri pasal gaming, novel, X-Games, WWE, designs, dan die-cast model. Belum masuk bab movies lagi tu.

Mungkin akan lebih diseimbangkan selepas ini dengan perkongsian petikan Hadis Qudsi, dan aspek-aspek perundangan Syariah. Dan Alhamdulillah…aku dah pun menghabiskan pembacaan Riwayat Rasulullah s.a.w~Sejarah & Perjalanan Hidup Nabi Muhammad s.a.w, Edisi Lengkap terbitan Warisan Ilmu Publications. Jadi, selepas ini mungkin aku boleh kongsikan dalam blog ini kisah-kisah menarik yang berlaku dalam riwayat baginda.


Maka, diharapkan semoga aku dapat menyumbang sesuatu kepada agama dan masyarakat serta melatih aku supaya lebih bertanggungjawab. Maka, pasti hidup aku sebagai blogger lebih bermakna. Walaupun aku bukannya baik, tetapi adalah fitrah seorang manusia seperti aku yang di hati kecilnya sukakan kebaikan dan kebenaran.

p/s: Baru balik dari kampung :D

1 Comments:

pokoksemalu said...

Assalamualaikum...
Buleh sy thu cmne nk beli buku ni?
Terima kasih