Follow Me on Twitter

Thursday, August 5, 2010

Ke tepi, maaf, ke tepi

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat blogger seperjuangan..

Aku sekadar ingin berkongsi apa yang aku dengar daripada adikku. Berkenaan sebuah cerita yang aku tak pasti pernah dipublish oleh mana-mana blogger atau tidak. Maaf andai kisah ini pernah dipaparkan oleh mana-mana blogger. (Tidak berniat langsung untuk plagiat)

Kisahnya begini..(seperti mana penceritaan adik aku)

***
Pada suatu hari, seorang lelaki berjalan-jalan sambil melihat keindahan alam (ok, aku ada tambah sikit) Sedang dia berjalan di satu tempat, dia terlihat beberapa orang berkumpul di tepi jalan.

Rasa ingin tahu seorang manusia yang membuak-buak di dalam dada telah menggerakkan kakinya ke arah mereka. Lalu dia bertanya,

“Ada apa ni masyarakat?”

Salah seorang menjawab, “ala biasela eksiden”

Namun, jawapan itu tidak memuaskan hatinya. Malah dia teringin hendak melihat apa yang sebenarnya berlaku tetapi dia tidak dapat melepasi orang ramai yang sedang berkumpul.

Lalu, dia terfikir akan satu idea bernas (bagi dia la)

“Ke tepi ke tepi, minta maaf tuan-tuan puan-puan, saya abang dia..ke tepi ke tepi, saya abang dia” (baca dengan nada cemas)

Orang ramai yang kehairanan dan ada juga yang tersenyum sinis mula memberikannya laluan.

Dan, sebaik sahaja dia melepasi semua orang, barulah dia tahu…


“Ha, tolong bawak ‘adik’ kamu ni ke hospital ye, kena langgar dengan kereta tadi” kata seorang lelaki lain disambut dengan gelak ketawa orang ramai.
***

Haha...walaupun dia berjaya melepasi sekumpulan orang ramai tu, tapi ia membuatkan moral dirinya jatuh sekelip mata. Semuanya berpunca drpd kata-katanya yang cuba menipu.

Jadi, kesimpulan yang aku ingin kongsikan, soal integriti (kejujuran) merupakan aspek penting dalam meniti usaha menuju kejayaan. Biarlah kejayaan itu tidak dapat diperolehi dengan mudah, asalkan tidak mengabaikan soal integriti. Dengan itu, maruah dan harga diri terjamin dan kejayaan yang bakal diperolehi merupakan kejayaan yang berpanjangan.