Follow Me on Twitter

Sunday, August 15, 2010

Kursus Intensif Program Raksasa

Objektif Kursus: Melatih jiwa dan minda manusia supaya menghayati dan mematuhi kehendak Allah s.w.t; mentaati suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya, seterusnya menjadi manusia yang hebat dalam segala aspek.

Setiap tahun kita menyertai kursus intensif yang sama dengan jumlah peserta yang terbesar di dunia. Disebabkan itu digelar program raksasa berdasarkan jumlah pesertanya. Dan setiap tahun juga program ini disertai tiga kelompok peserta.

Kelompok pertama, peserta yang menghayati sepenuhnya intipati program, mempunyai kualiti tinggi seiring dengan kuantiti yang banyak serta saling ingat-mengingati satu sama lain. Kelompok kedua, peserta yang hanya mengikut dan menganggap pengisian program hanya sekadar modul kebiasaan program.

Kelompok ketiga, masih peserta yang sentiasa tidak berpuas hati dengan pengisian program, menganggapnya sebagai sesuatu yang mengongkong kebebasan dirinya, serta merasakan dirinya dipaksa untuk menyertainya.

Adakah ketiga-tiga kelompok peserta ini tetap kekal dengan sikap masing-masing hingga ke hujung program? Adakah kelompok kedua dan ketiga bakal berubah seterusnya menyertai kelompok pertama lalu menjadi manusia yang hebat setelah program berakhir?

Marilah sama-sama kita muhasabah diri dan mengenal pasti di manakah kelompok kita. Masih belum terlewat untuk melakukan perubahan, agar kita mencapai objektif kursus intensif ini.