Follow Me on Twitter

Wednesday, August 25, 2010

Mengharap ihsan dan keredhaan dari-Nya

Sedarkah kita begitu banyak yang telah dilakukan mengundang kemurkaan Allah? Sedarkah kita kehidupan kita di dunia ini adalah atas rahmat-Nya dan ihsan-Nya? Belum puaskah lagi kita dengan isu pembuangan bayi? Tidak dilupakan juga ‘pembuangan’ orang tua ke rumah-rumah kebajikan. Walau sesiapa pun yang terlibat, jangan hanya menuding jari mencari kesalahan. Kita semua bertanggungjawab untuk membendungnya, kerana kita tinggal di dunia yang sama.

sumber: Google Images

Berfirman Allah Taala yang bermaksud,

“Wahai anak Adam, berapa banyak pelita yang telah dipadamkan oleh hembusan angin. Berapa ramai ahli ibadah yang telah dirosakkan oleh ujub. Ramai orang kaya yang dirosakkan oleh kekayaannya. Ramai orang miskin yang dirosakkan oleh kemiskinannya. Ramai orang sihat yang dirosakkan oleh kesihatannya. Ramai orang alim yang dirosakkan ilmunya. Ramai orang jahil yang dirosakkan kejahilannya.

Kalaulah tidak kerana orang tua yang bongkok, pemuda yang khusyuk, bayi yang menyusu dan binatang yang sihat, nescaya akan Kujadikan langit itu daripada besi, bumi itu kering dan tanahnya daripada abu. Aku tidak akan turunkan hujan walau setitik, tidak Aku tumbuhkan dari bumi walaupun sebutir benih dan Aku tuangkan atasmu azab yang sepedih-pedihnya.”

(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah)

Mari kita sama-sama renungkan…betapa banyak yang berlaku hari ini sememangnya mengundang kemurkaan Allah.