Follow Me on Twitter

Friday, August 13, 2010

My blogging ethics

Salam Ramadhan buat seluruh masyarakat Islam…wah2..tajuk dah dalam BI..hehe tapi entri ni bukan dalam BI. Aku rasa pernah buat satu entri je dalam BI. Walaupun aku suka baca novel BI tapi bab2 menulis ni still tak berapa nak lancar. Aku nak belajar dengan bro Fyzal boleh? Dan aku juga nak belajar dengan kak Hanim buat entri bahasa Jepun. Ada sesiapa nak ajar aku Mandarin? ParkCheek boleh? Nak gak aku tau apa tauke kedai DVD cakap kat pembekal pirate dia haha

So entri ini adalah berkenaan etika blogging yang aku gariskan untuk diri aku sendiri. Walaupun aku blogging ni sekadar berseronok dan hobi yang memberi kepuasan, aku masih seorang blogger yang memerlukan blogging ethics.


Basically, aku cuma ada 6 etika dalam menulis blog.

1.    Blog ini tidak mempunyai niche tertentu, dan aku menulis apa yang terlintas di fikiran asalkan tidak melibatkan sebarang entri berunsur rage atau condemned blogger2 lain.

2.    Aku tak akan copy & paste entri blogger lain melainkan aku membuat entri berkaitan atau menulis semula lalu meletakkan credit link kepada blogger tersebut.

3.    Aku bukan blogging untuk duit, tetapi untuk share pandangan, personal life, minat aku, dan juga mencari ilmu.

4.    Seandainya aku hendak membuat perniagaan melalui blog, satu-satunya produk yang aku akan jual adalah DVD/VCD original pada harga yang berpatutan.

5.    Aku akan keep in touch dengan nakama aku. (Setakat ni aku masih tak tau link beberapa nakama seperti ieda said dan Nour Eyza…ada sesiapa tau?)

6.    Aku akan reply semua komen entri, sebagai salah satu cara berinteraksi dengan pembaca blog ini, memandangkan itu satu-satunya cara disebabkan aku tiada akaun facebook, friendster, myspace, gengblogger. (Twitter ada tapi blue bird tu kadang dok dlm sangkar je haha)

Okay, itulah blogging ethics aku. Hope aku dapat mematuhinya. Apakah blogging ethics anda pula? Sila dail talian bebas tol kami dan kongsikan bersama penonton-penonton rancangan Malaysia Hari Esok hehe 

p/s: Selamat berbuka puasa!