Follow Me on Twitter

Thursday, August 12, 2010

Nak share something ni...

Salam ramadhan buat semua umat Islam. Hari ni dah hari kedua berpuasa. So sebelum terlewat nak share something. Boleh tak?....

Takde jawapan pun…So aku share jela ye hee

Okay, aku ada terbaca satu petikan Hadis Qudsi, dan melalui pemikiranku yang terbatas ni, aku rasa mungkin boleh dikongsikan dan diambil pengajaran oleh kita terutama di bulan Ramadhan ni.

Berfirman Allah Taala yang bermaksud:

“Wahai anak Adam, bersabarlah dan tawaduklah nescaya akan Kutinggikan darjatmu. Bersyukurlah kepada-Ku nescaya Aku akan tambahkan. Pintalah keampunan-Ku nescaya Aku akan mengampunkan. Apabila kamu berdoa kepada-Ku, Aku akan berikan. Bertaubatlah kepada-Ku, Aku akan menerima taubatmu.

Pohonlah kepada-Ku, Aku akan berikan. Bersedekahlah nescaya Aku akan berkatkan rezekimu. Hubungkanlah silaturrahim nescaya Aku akan tambahkan umurmu. Pintalah kepada-Ku kesejahteraan dengan kesihatan yang panjang, keselamatan dalam bersendirian, keikhlasan dalam kemahuan, warak pada Allah dalam taubat, kekayaan dalam qanaah.

Wahai anak Adam, bagaimana mungkin kamu tersangat ingin kepada ibadah sedangkan kamu beserta dengan perut yang kenyang? Bagaimana engkau akan mencintai Allah sedangkan engkau mencintai harta? Bagaimanakah kamu tersangat ingin mendapatkan hati yang terang sedang kamu banyak tidur?

Bagaimanakah kamu akan takut kepada Allah, kerana yang kamu takut adalah kefakiran? Bagaimanakah kamu ingin mendapatkan warak sedangkan kamu tamak terhadap dunia? Bagaimanakah kamu akan mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan kamu tidak mencintai orang miskin?

Bagaimanakah kamu tamak dengan keredhaan, sedangkan kamu beserta kebakhilan? Bagaimanakah kamu tamak terhadap syurga sedangkan kamu beserta hati yang mencintai dunia dan pujian? Bagaimanakah kamu ingin kebahagiaan abadi di akhirat sedangkan kamu beserta ilmu yang sedikit?”

(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah)

Pengajaran yang aku dapat daripada petikan hadis Qudsi di atas, yang boleh diambil iktibar oleh kita semua sempena bulan Ramadhan ini:

1.    Kita hendaklah tidak putus-putus berdoa dan mengharap keampunan daripada-Nya. Bukan sahaja di bulan Ramadhan, malah di bulan-bulan lain, janganlah pernah berhenti mengharap kepada-Nya.

2.    Berpada-padalah ketika berbuka, cukuplah sekadar menghilangkan rasa lapar supaya kita tidak merasa malas untuk mengerjakan ibadah solat fardhu dan solat sunat.

3.    Berjaga-jaga dengan masa solat ketika berniaga di bulan Ramadhan, supaya solat dapat ditunaikan pada waktunya. ‘Meeting’ dengan Allah lebih penting drpd business sesama manusia.

4. Puasa bukan alasan untuk bermalas-malasan dan lemah semangat lalu memperbanyakkan tidur. Waktu terluang yang dahulu digunakan untuk makan boleh digunakan untuk perkara berfaedah.

5.    Marilah kita bersedekah kepada mereka yang memerlukan seikhlas hati. Tidak perlu memandang kepada berapa nilainya asalkan dengan ikhlas.

6.    Tidak bersikap riak dan mengharap pujian atas ibadah yang dilakukan.

7.    Marilah kita sama-sama menuntut ilmu sebanyak yang boleh sama ada secara formal mahupun tidak formal.

WaAllahualam..

p/s: baru pas angkat tong gas..haus...haus...