Follow Me on Twitter

Sunday, August 1, 2010

Onemanga dan Nilai Nakama

Merujuk kepada entri kaizen shinobi, one manga bakal ditamatkan..T__T Jadi bagaimana lagi aku boleh membaca manga secara free? Ada sesiapa tau? Onemanga.com satu-satunya perpustakaan manga yang aku selalu singgah. Takkan nak baca kat kedai runcit mamak? Baru selak-selak 2 minit dah ada orang usha padat. Tu pun manga siri lama tak update..hu nasib baik sempat lagi baca Chapter 594.

Bukan apa..siri one piece tengah hangat sekarang. Eh tau tak one piece? Atau bahasa inteleknya ‘Budak Getah’ hehe. Tau ke tak tau, aku nak cite gak pasal Monkey D. Luffy dan nakama-nakamanye. Sekarang ni mereka sedang merancang untuk berkumpul menentang kerajaan dunia yang bersikap tidak adil dan telah membunuh abang angkat Luffy, Portgas D. Ace.

Kenapa aku suka manga ni? Bukan setakat manga, siri anime pun aku follow. Lagi sebak woo tengok anime. Terharu tengok nilai-nilai persahabatan antara nakama yang diterapkan oleh kumpulan lanun Topi Jerami (Straw Hat).

Nakama bolehla didefinisikan sebagai kawan atau rakan seangkatan. Mengikut konteks genre anime ni, nakama bolehlah dianggap sebagai rakan crew dalam sebuah kapal lanun. Namun, apa yang ditunjukkan Luffy melalui layanan dan percakapan, nakama adalah seseorang yang lebih rapat daripada itu.

Senang cite, sahabat sejatila. Susah senang ditempuh bersama. Bila ditanya mengapa sanggup membantu? Luffy cakap,”you’re my nakama!” Ikatan rapat antara Luffy dan nakama-nakamanye di samping harapan melaksanakan impian membuatkan aku rasa terharu dan tak pernah bosan mengikuti siri ini. (biasela jepun memang suka buat cite pasal persahabatan, impian, semangat)

Jadi, aku ambil kesempatan ni untuk paparkan video yang aku buat dulu khas semasa konflik salah satu nakama Luffy iaitu Robin yang menyangka dirinya keseorangan tanpa sahabat sejati, serta perselisihan faham antara Ussop dan Luffy berkenaan kapal Going Merry.

Aku juga ambil kesempatan ni untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang jadi nakama aku dalam dunia blog ni. Sekali kita bersahabat, bersahabat selama-lamanya. Perselisihan faham mungkin timbul tapi harap dapat diselesaikan dengan baik. Jadi, happy blogging! =)

Tengok video ni,
kalau tak nangis / berlinang air mata / sebak / terharu, cakap kat aku :p