Follow Me on Twitter

Tuesday, August 24, 2010

Perbezaan Hadis Qudsi dengan al-Quran

Assalamualaikum, semoga kita terus diberi hidayah oleh-Nya untuk terus berada dalam landasan ajaran Islam. Ok, sebelum ini, aku pernah kongsikan beberapa petikan Hadis Qudsi dalam blog ini. Maka, adalah perlu juga untuk aku jelaskan pengertian Hadis Qudsi itu sendiri serta perbezaannya dengan ayat al-Quran.


Hadis Qudsi dari segi bahasanya diambil daripada perkatan ‘quds’ iaitu sesuatu yang suci. Maka, hadis ini adalah bersandarkan kepada zat qudsiah iaitu Allah s.w.t.

Dari segi istilah pula bermaksud, apa yang dipindahkan kepada kita daripada Nabi Muhammad s.a.w beserta sandaran kepada Allah s.w.t.

3 Perbezaan antara Hadis Qudsi dengan al-Quran

Lafaz dan makna al-Quran itu datangnya dari Allah s.w.t manakala Hadis Qudsi, maknanya dari Allah s.w.t tetapi lafaz daripada Nabi Muhammad s.a.w.

Membaca al-Quran merupakan ibadah tetapi membaca Hadis Qudsi tidak dikira ibadah.

Al-Quran disyaratkan pensabitannya secara tawatir (berturut), tetapi tidak disyaratkan tawatir bagi Hadis Qudsi.