Follow Me on Twitter

Thursday, August 19, 2010

Prototype

Lagi entri pasal gaming.  Game Prototype yang direleasekan pada Jun 2009 bukanlah satu game yang boleh dimainkan semua lapisan umur. Budak2 memang aku rasa tak patut main game ni. Sebab unsur-unsur keganasan terlalu banyak diselitkan. Tetapi bagi golongan yang dah tau beza baik buruk mungkin boleh main game ni namun sekadar hiburan semata-mata.


Alex Mercer merupakan watak utama dalam game ni. Dia yang mengalami amnesia terpaksa bertindak sendiri bagi mengetahui apa yang sedang berlaku ke atas dirinya dan masa silamnya.

Sebagai seorang mutan yang mempunyai keupayaan luar biasa, dia sentiasa diburu oleh tentera dan pihak-pihak yang tidak mahu rahsia mereka terbongkar. Selain drpd mengumpul semula memorinya, Alex perlu mencari jawapan dan seterusnya menyelamatkan populasi manusia di Kota New York drpd terus diserang virus.


Kebaikan:

Game yang sarat dengan aksi-aksi akrobatik dan keupayaan luar biasa. Ibarat seperti menonton sebuah filem aksi. (tak mustahil game ni difilemkan nanti seperti mana Prince of Persia, aku cabar mana-mana pengarah…he3..watak Alex Mercer sebagai watak anti-hero seperti Ghost Rider)

Paparan grafik yang bagus ketika cuba menghidupkan kota New York dan suasana kucar-kacir.

Misi-misi yang mencabar dan memerlukan kecekapan bertindak dan berfikir. (Perlu pandai menyamar dan memastikan kehadiran anda tidak disedari)

Keburukan

Elemen ganas seperti pembunuhan dan percikan darah terlalu banyak. (Sekiranyakehadiran anda telah disedari, sama ada anda lari atau menghapuskan musuh)

Enjoy this game trailer..aku tak sempat rakam gameplay aku...hu3



Mantap kan? Intro pun dah gempak. Graphic Developer Malaysia bila lagi?

p/s:Main game berpada-pada, jangan lupa solat di awal waktu ^____^ dan jangan terpengaruh..(pesanan kpd diri sendiri juga..ki3)