Follow Me on Twitter

Wednesday, August 11, 2010

Serba sedikit mengenai hadith palsu


Salam ramadhan buat semua blogger dan masyarakat Islam. Entri ni merupakan entri balas kepada entri saudara joe yang telah menyedarkan kita isu berkenaan hadith palsu tentang kelebihan solat sunat tarawih.

Memandangkan aku pernah belajar Ulumul Hadith, maka aku terpanggil untuk menerangkan lebih lanjut soal hadith palsu atau dalam bahasa arab dipanggil hadith maudu’.

Dari segi bahasanya bermaksud meletakkan sesuatu dengan tujuan merendahkan martabat. Manakala dari segi istilah, hadith ini bermaksud sesuatu dusta yang direkacipta lalu dinisbahkan kepada baginda Rasulullah s.a.w.

Bagaimana bentuk pemalsuan?

1.    Seseorang mengambil kata-katanya sendiri lalu meletakkan padanya rantaian perawi. (orang yang meriwayatkan)
2.    Mengambil semua atau sebahagian kata-kata cendiakawan, lalu diletakkan padanya rantaian perawi.

Apakah faktor pemalsuan?

1.    Menggalakkan manusia mendekatkan diri pada Allah dan berbuat baik, serta menakutkan manusia drpd berbuat kejahatan. Pemalsuan jenis ini adalah paling buruk disebabkan manusia mudah mempercayainya. Inilah jalan pemalsuan bagi hadith berkenaan kelebihan solat tarawih itu.

2.    Menyokong sesetengah mazhab tertentu disebabkan mempunyai kaitan politik dalam pemalsuan tersebut.

3.    Pemalsuan dibuat untuk mencela agama Islam. Para musuh Islam tidak akan berhenti merosakkan Islam sama ada terang-terangan mahupun melalui pemalsuan hadith seperti ini. Pernah diriwayatkan satu hadith palsu yang dinisbahkan kepada baginda Rasulullah s.a.w, “Aku penutup nabi2 dan tiada nabi lain selepas aku, kecuali dengan izin-Nya

4.    Mengampu pemerintah. Mungkin ada hadith yang dipalsukan demi menyokong mana-mana kerajaan tertentu. (tak dapat komen lanjut)

5.    Hadith palsu dijadikan sumber rezeki. Kita perlu tahu, hadith palsu ini sudah berleluasa sejak wafatnya baginda Rasulullah s.a.w lagi, maka ada di kalangan orang arab menjadi penglipur lara menceritakan kisah-kisah hadith palsu.

6.    Populariti sebagai perawi hadith membuatkan pereka-pereka hadith palsu mula muncul.

Bersepakat para ulama, bahawa haram meriwayatkan hadith palsu melainkan orang yang meriwayatkan turut menyatakan penerangan tentang hadith palsu tersebut.

Antara contoh-contoh hadith palsu/ hadith maudu’ yang haram disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.

“Siapa yang mengenal dirinya, maka ia mengenal tuhannya”

“Menuntut ilmu drpd buaian ke liang lahad” (kata-kata ahli sufi, tak tahu siapa)

“Cintakan negara sebahagian drpd Iman”

“Dunia merupakan tempat bercucuk tanam bagi akhirat”

Jika dilihat, kata-kata di atas memang ada baiknya, namun biarlah ia dijadikan kata-kata motivasi tanpa disandarkan kepada baginda Rasulullah s.a.w.