Follow Me on Twitter

Friday, August 27, 2010

Solat tarawih + Witir + Nestle Bliss?

Assalamualaikum, salam Ramadan kepada semua masyarakat Islam. Untuk entri ini, aku hanya nak berkongsi pengalaman aku sepanjang mengerjakan solat sunat tarawih di masjid daerah aku, Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor.

Alhamdulillah, jumlah jemaah yang berkunjung ke masjid masih ramai walaupun Ramadan sudah hampir ke penghujung. Bezanya cuma ramai yang mula pulang selepas rakaat ke 8 berbanding pada awal Ramadan dahulu. Itu bukan masalah, kerana apa yang penting adalah kualiti ibadah itu sendiri.

Pada kebiasaannya, imam jemputan akan menunaikan 23 rakaat solat sunat tarawih termasuk witir. Tetapi, pada hari-hari cuti, hanya 8 rakaat namun disertakan dengan tazkirah oleh penceramah jemputan.

Pada malam tadi, hanya 8 rakaat memandangkan hari ini cuti Hari Nuzul al-Quran, dan Ust Abd Halim dijemput untuk memberikan tazkirah kepada jemaah masjid. Aku tak berapa kenal ustaz ini, cuma apa yang aku boleh kata aku pernah lihat beliau dalam rancangan Tanyalah Ustaz di TV9.

Ok, berbalik kepada tajuk entri. Siapa suka air Bliss? Produk Nestle tu. Aku suka juga minum air tu disebabkan tiap kali ke Tesco mesti adik aku akan minta air tu dibeli. Semua perisa aku dah rasa. Walaupun agak masam tapi sedap juga bagi aku.

Berbalik kepada solat pula. Aku solat di barisan saf pertama. Pada kebiasaannya, yang banyak di barisan pertama ni orang-orang tua. Jadi mereka mudah penat lalu ada yang membawa bekalan air dan diletakkan di hadapan.

Dah lama aku perhatikan tabiat tu. Selalunya mereka akan bawa botol mineral berisi air kosong. Nak dijadikan cerita, lepas habis solat sunat tarawih 8 rakaat, ada yang bergerak pulang lalu aku berganjak untuk mengisi kekosongan di barisan tersebut.

Kemudian imam mula mengimami solat sunat witir secara berjemaah. Takbir diangkat dan aku dengan penuh khusyuk mendengar bacaan imam (yeke tu..haha) Tiba-tiba…ha amik kau botol bliss betul-betul kat depan aku.

Sumber : Google

Secara automatiknya terlintas dalam hati…siapalah bawak bekal guna botol bliss ni…air bliss ke dalam ni? ke air kosong? Hm…perisa strawberi…sedap ni…hausla pulak…

Ha…tandanya solat aku dah terganggu…aku pun satu, patut pandang jela tempat sujud tu…huhu…bila solat ni macam-macam godaan syaitan untuk menghilangkan khusyuk, betul tak? Kalau solat 20 rakaat tadi? Mesti kualiti solat aku tak seiring dengan kuantitinya.

Patut ke botol tu diletakkan di depan tempat sujud? Hm…aku cuma boleh cadangkan agar guna botol mineral biasa instead of botol bliss yang berwarna warni tu. Sedangkan baju yang mempunyai tulisan atau corak di belakang pun tak digalakkan dipakai untuk solat dikhuatiri menarik perhatian orang di belakang.

Sebenarnya, bukan itu sahaja yang boleh menyebabkan hilang khusyuk, banyak lagi godaan…perut lapar pun boleh hilang khusyuk…tak siap assignment pun boleh buat hilang khusyuk..Jadi, sama-samalah kita mengawal lintasan hati supaya dapat mencari khusyuk dalam solat.

p/s: pesanan kepada diri sendiri dan orang lain yang mempunyai pengalaman terganggu dalam solat.