Follow Me on Twitter

Sunday, September 5, 2010

Aku bakal raya luar negeri tahun ni...

Assalamualaikum. Hanya entri santai yang ingin aku coretkan. Bulan Ramadhan kian tiba di penghujung dan Syawal bakal menjelma. Mungkin ada di antara anda yang telah pun pulang ke kampung, dan bersama-sama membuat persiapan menyambut kedatangan hari kemenangan. 1 Syawal yang dinanti dan dirai demi rasa bersyukur atas kebesaran Allah dan nikmat-Nya kerana diberikan peluang untuk menyempurnakan Ramadhan.

Bercakap tentang kampung, ada sahabat blogger aku yang sudah pun pulang ke kampung. Bro Fyzal pulang ke Gerik. ParkCheek @ Pakcik pulang ke Tampin. Amir Izzat @ Pembebel Jalanan pula beraya di bumi kenyalang. Kak Hanim @ Ciao Annin pula hanya akan pulang beraya ke Johor pada hari raya pertama. Semoga perjalanan mereka serta sahabat blogger yang lain selamat dan dipermudahkan. InsyaAllah.

Aku pula? Perasaanku bercampur baur saat membicarakan soal balik kampung pada raya kali ini. Ada sedih dan gembira. Aku gembira sebab aku dah dapat tiket untuk berangkat ke Kuching, Sarawak pada pukul 7.10 pagi nanti. Kiranya aku beraya di luar negeri Selangor tahun ini ^___^ Beraya di kampung atok nenek sebelah emak aku. Kuching dan Kota Samarahan (Tempat berkumpul di Kota Samarahan)


Tetapi aku sedih juga...disebabkan abah tak dapat ikut bersama sebab nak temankan nenek aku di Bagan Terap, Sungai Besar. Kalau nak dibawa nenek sekali ke Kuching, apa pula kata pakcik makcik aku di sini. Jadi kami sekeluarga bersetuju dengan keputusan itu.

Pada mulanya aku pun tak dapat ikut bersama emak dan 4 orang adik perempuan aku ke Kuching. Tapi ada perubahan rancangan kerana dikhuatiri aku takkan punya masa ke sana lagi jika aku mulai sibuk nanti.

Jadi aku akan berada di Sarawak dari 5 September 2010 (Hari ini) hingga 12 September 2010 (Ahad depan). Maka aku ingin mengambil kesempatan memohon maaf jika tak dapat melawat / terlewat melawat blog sahabat-sahabat sepanjang aku di Sarawak. Mungkin ada entri yang di auto publish kalau mempunyai kesempatan. Maka, diharapkan anda sudi melawat blog cacamarba ini. ^____^ dan tinggalkan komen. Aku akan cuba membalasnya dengan Maxis Broadband adik aku. Pastinya ia tak sama dengan Streamyx yang selalu aku gunakan. Tapi blogger adalah pejuang bukan? Jadi aku akan berjuang :D

Okay, itu sahaja. Doakan penerbangan aku pagi nanti ye. Penerbangan Air Asia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak. ^___^ selama 1 jam 40 minit.

p/s:Aku dan family nak bertolak ke LCCT sekarang. Tapi nanti singgah RnR Dengkil.