Follow Me on Twitter

Wednesday, September 8, 2010

Aku kini di Sarawak ^__^

Assalamualaikum. Kini aku sudah pun berada di Sarawak. Aku tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Sarawak pada pukul 9.15, hari Ahad lalu. Penerbangan melalui Air Asia agak memuaskan. Kenapa hanya memuaskan? Mungkin sebab aku terpaksa berkejaran ke kapal terbang. (Berlainan dengan MAS yang memang terus masuk ke kapal terbang) 

Sungguh aman sekali berada di kampung bersama dengan sepupu-sepupuku yang lain. Rumah nenekku ini memang didiami oleh pakcik makcikku berserta anak-anak mereka. Maka ia menjadikan saat bersahur dan berbuka begitu meriah sekali dengan kerenah masing-masing.

Bersahur seawal 4 pagi dan berbuka puasa seawal 6.40 petang. Memang cukup berlainan. Cuma aku perlu membiasakan diri semula untuk bercakap dalam bahasa Sarawak kerana aku telah begitu lama dibiasakan dengan bahasa semenanjung (Selangor).


Dan akhirnya dapat juga aku update blog ini. Sekarang aku berada di Kampung Serpan, Kota Samarahan, Sarawak. Maxis Broadband tak dapat dimanfaatkan sepenuhnya disebabkan sukar untuk aku mendapat line. Jadi aku memohon maaf dan sedikit kecewa kerana tidak dapat mengikuti perkembangan sepenuhnya blogger-bloger lain terutamanya sahabat-sahabat bloggerku seperti Ciao Annin, Bro Fyzal, Kie-yu, Parkcheek, Amir Izzat, Piha, Kak Shiela, Kak Ana, Hidayat, yui92, Bro Hadi Rofie, Bro Aiman Najmy, dan Mama JnJ. Mujurlah ada streamyx tetapi tak digunakan 24 jam.

Di sini juga aku mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua blogger-blogger. Semoga hari raya yang tiba diraikan dengan penuh gembira kerana kita telah menyempurnakan Ramadhan dengan jayanya dan bersyukurlah kita terhadap kebesaran-Nya kerana telah diberikan peluang untuk meraikan hari kemenangan pada 1 Syawal nanti.