Follow Me on Twitter

Saturday, September 4, 2010

Contest Baju Raya Itik Kejam

Photobucket


Assalamualaikum. Dah beli baju raya? Aku dah beli baju raya awal-awal. Senang dan tak perlu kelam kabut nanti. Tiada salahnya kalau kita nak mencari baju raya yang cantik. Pada hari ‘kemenangan’ nanti, kita memang digalakkan memakai baju yang cantik. Seperti mana kata-kata Imam as-Syafie,

"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." 


Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327. Dipetik dari sumber

Kalau dah beli tu elok sangatlah memeriahkan lagi CONTEST BAJU RAYA anjuran itik kejam. Entri yang mula-mula sekali aku jumpa masa masuk blog itik kejam melalui segmen uncle. Kira langkah kananlah aku. Kalau menang contest ni, memang bukan setakat sekali langkah tapi berkali-kali langkah.

Mudah sahaja syarat-syarat penyertaan. Hanya perlu buat entri dan sertakan banner di atas dengan gambar anda memakai baju raya. Tidak kira lama atau baru. Asalkan baju raya. Nama pun CONTEST BAJU RAYA. Kemudian, jangan lupa letakkan banner contest di sidebar sepanjang contest berlangsung dari 1 September 2010 hingga 17 September 2010. 2 pemenang dengan gambar paling kreatif akan diumumkan pada 19 September 2010. Aha...ada masa lagi jangan kata tak sempat. :D

Okay, gambar yang dipertandingkan aku untuk contest ni memang gambar yang fresh. Gambar baju raya aku untuk tahun ni. Aku cuba hasilkan sekreatif yang boleh. Tapi idea tak kunjung tiba pula. Hasilnya, jadilah gambar tak seberapa yang diberikan unsur dialog bersama motor kesayanganku. :D
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Menang atau kalah adat pertandingan. Tujuan utama aku sekadar untuk memeriahkan contest itik kejam ni. ^___^ Jomlah sertai ramai-ramai. Boleh klik banner di atas atau SINI. Diharapkan itik kejam berpuas hati. Janganlah kejam dengan saya...ki3.

Jangan lupa tag 3 orang lain untuk sertai contest ni. Dengan ini aku tag sahabat bloggerku:


Sahabat-sahabatku yang lain dijemput juga untuk memeriahkan lagi contest ni :D

p/s: Jangan dilupakan orang yang memerlukan di hari raya. Mari berkongsi kegembiraan bersama mereka atas kemenangan mereka menyempurnakan Ramadhan.