Follow Me on Twitter

Wednesday, September 1, 2010

Eh, aku belum merdeka..

Baru-baru ini aku menjejakkan kaki ke Kedai Muzik dan Video di Kuala Selangor ni. Dan akhirnya aku berjaya mendapatkan koleksi yang aku inginkan. Original DVD Copy untuk Prince of Persia Sands of Time dah sampai. Dah lama filem ni, tapi aku tak tengok lagi. Aku dah tak berkesempatan nak tengok wayang, jadi just tunggu DVD release.

Apa kaitan dengan ‘aku belum merdeka’? DVD yang aku beli tu DVD pirate atau perkataan lainnya DVD cetak rompak. Harga RM7 sekeping tapi aku beli 3 jadi RM20. Aku beli Ong Bak 3 dan Fury Vengeance juga yang turut dalam bentuk Original DVD Copy. Siap ada ‘AUTHORISED DEALER STRICTLY FOR RENTAL ONLY’.

Maafla kerajaan. Bukan aku tak nak menyahut seruan. Ada juga aku beli DVD original. Tapi dalam situasi macam tu takkan aku nak beli Prince of Persia yang original dengan harga mungkin dalam RM59.90 (harga standard). Paling mahal pun aku pernah beli DVD original dalam harga RM30 selepas dapat diskaun. Lagipun aku tak beli cetak rompak untuk filem tempatan.
Antara koleksi DVD Original aku
Great Teacher Onizuka
Pride
Rookies GTO

Tapi tak juga aku beli filem tempatan original. Sebab apa? Kalau setakat filem pasal bohsia dan rempit, memang susahlah aku nak beli original atau cetak rompak. Tak sesuai ditonton seisi keluarga. Cukupla barat menayangkan filem-filem sebegitu. Bagi aku, kita rakyat Malaysia ada cara tersendiri untuk buat filem (macam Afdlin Shauki). Jadi siapa pula yang tak ‘merdeka’ dalam hal ini? Aku atau penerbit filem?

Okay, berbalik kepada Prince of Persia tadi. Aku baru tengok sikit sebelum aku pause. Inilah kelebihan menonton DVD. Aku boleh pause sesuka hati bila aku ada hal, and then boleh sambung balik, rewind ke apa semua aku boleh buat.


DVD Prince of Persia ni gambar memang mantap. Siap ada interface menu lagi. Kalau tak ada tu alamatnya Master Copy la tu…Filem ini mengisahkan Prince Dastan yang pada asalnya merupakan anak jalanan tapi diambil menjadi sebahagian daripada empayar keluarga diraja Persia (Kurun ke-6) oleh King Sharaman. Dia dianggap anak yang bongsu manakala abang-abangnya Prince Tus dan Garsiv merupakan anak kandung King Sharaman.

Biasalah cerita pasal keluarga diraja ni tak lari daripada perebutan kuasa. Disebabkan sikap tamak adik King Sharaman, Nizam, Prince Dastan dituduh membunuh ayahandanya lalu dia pun melarikan diri bersama Princess Tamina, Pewaris Kota Alamut yang ditawan Persia. Prince Dastan turut membawa bersama pisau belati berisi pasir, sejenis senjata suci yang boleh memutar kembali masa ke belakang. Maka bermulalah siri pemburuan ke atas Prince Dastan melalui tipu daya licik pakcik mereka, Nizam.

Sebenarnya aku lebih mengharapkan agar watak Prince of Persia dalam permainan video terbaru siri Prince of Persia diadaptasikan. Tapi watak asal nampak bergaya juga. Sebelum terlupa, filem Prince of Persia ini sebenarnya diadaptasikan dari permainan video yang sememangnya hebat dan mengujakan. ^___^

Watak Prince terbaru

Watak yang diadaptasi

Mari tengok game trailer bagi Prince of Persia


Itulah sedikit sebanyak untuk entri aku yang agak santai sedikit. Terus terang, aku memang tak dapat nak ‘merdeka’ lagi daripada menonton filem-filem asing serta membeli cetak rompak dalam situasi harga tertentu. Melainkan sifir harganya begini, “Pirate=RM7 Original=RM10/RM15” Aku akan pilih original. (Memang wujud situasi begitu bagi filem-filem tertentu)

Cuma apa yang aku boleh katakan, aku tak akan terpengaruh dengan budaya-budaya barat yang diterapkan dalam filem-filem tersebut. Dan jika ada sesuatu ideologi atau propaganda yang boleh memesongkan akidah mungkin aku boleh kongsikan dalam blog ini.