Follow Me on Twitter

Sunday, September 5, 2010

Jangan buat hal kawasan aku


###

Di sebuah kedai DVD, seorang lelaki sibuk memunggah beberapa keping DVD dari sebuah kotak. Kelihatan juga beberapa orang pelanggan sedang membelek-belek catalog DVD. Walaupun kedai itu baru dibuka, tapi bilangan pelanggan semakin hari semakin memberangsangkan.

Lelaki yang tadinya memunggah kepingan DVD itu, hanya tersenyum melihat senario tersebut. Baginya itu adalah rezeki yang tidak boleh ditolak.

Sedang dia mula berkira-kira keuntungan yang diperolehinya, masuk 3 orang lelaki berbadan tegap dan terus bertanyakan sesuatu kepada lelaki tersebut.

Lelaki 1: Sapa tauke ini kedai?
Tauke: Sayala tauke, apa DVD lu mau?

Lelaki 2: Lu baru buka ini kedai bukan? Lu tau peraturan?
Tauke: Ha? Peraturan apa?

Lelaki 1: Lu buka kedai kawasan Tengkorak Emas. Lu mesti tau peraturan.
Tauke: err.....Tengkorak Emas punya kawasan ka….saya tak ada duit maa…(dengan ketakutan)

Lelaki 1: Bukan soal duit. Ini peraturan lu mesti mau jaga. Kalau lu mau kedai lu selamat.

Belum sempat tauke menjawab, lelaki 3 yang dari tadi hanya diam mula bersuara.

Lelaki 3: Simple saja maa..Lu ingat ini peraturan. Ada 3 peraturan.

Pertama, lu mesti jual original punya stok juga dalam kedai lu. Lu mau jual pirate? 70% stok original mesti ada dalam kedai lu dulu.

Kedua, lu jual pirate, mesti kasi gambar lawa punya. Tak mau copy wayang k. Lu mesti kasi test dulu pada pembeli.

Ketiga, lu jangan sekali-kali jual VCD dan DVD lucah. Lu jual, kedai lu habis. Jangan bikin Tengkorak Emas marah…

Tauke: Ok-ok..saya ikut punya maa..saya tak mau cari pasal…

Lelaki 3: Lu tak cari pasal, kami pun senang hati…

###

Dialog di atas hanya rekaan sahaja. Aku cuma nak menyatakan ketidakpuashatian aku terhadap lambakan DVD dan VCD lucah. Walaupun tidak dijual secara terang-terangan, tapi aku tetap tidak menyukainya. Anda pun tau bahana bahan lucah yang berleluasa ni. Kes zina, buang bayi, rogol beramai-ramai. Dah…tak sanggup aku nak ulas lanjut.

Kadang-kadang peniaga ni memang tak serik dan tak begitu takut dengan tindakan undang-undang. Maksud aku, yang berkaitan dengan penjualan bahan lucah. Pada pendapat aku, agak sukar untuk kita hapuskan kegiatan penjualan bahan cetak rompak secara mendadak. Tetapi apa yang boleh dilakukan adalah membendung penjualan bahan lucah secara terus. Kebanyakan pembeli mahukan cetak rompak, tetapi bukan semuanya mahukan bahan lucah. Itulah maksud aku.

Jika bahan lucah dijual, pastinya akan wujud golongan pembeli yang kebanyakannya di kalangan orang melayu. Masuk kedai dengan senyap dan tunjuk isyarat kepada tauke. Tauke pula akan keluarkan satu catalog yang disimpan khas. Ceh..ingat aku tak tau taktik macam tu.

Tapi baru-baru ni, aku ke Sungai Besar atas urusan keluarga. Dan aku singgah ke sebuah kedai VCD dan DVD yang cukup popular sejak aku kecil lagi. Dari CD game ke CD lagu, semua ada dijual secara original. Pelanggan pula ramai yang keluar masuk, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, berkeluarga atau bujang. Masing-masing membelek-belek DVD filem atau CD muzik kegemaran.

Tapi lambakan DVD pirate masih ada cuma tak dijual secara terang-terangan. Dan setakat yang aku tau, kedai tu memang tak jual bahan lucah. Aku pun mula membelek-belek sambil memasang telinga. Mungkin disebabkan ramai pengunjung, maka timbul rasa malu pada sesiapa yang memasang niat untuk membeli bahan lucah.

Setelah aku cukup pasti yang tidak ada permintaan atau penjualan bahan lucah, maka aku pun mencapai sebuah VCD Original sempena pembelian musim raya :D Movie Ghajini lakonan Aamir Khan. Aku bayar dan pulang ke kampung untuk urusan penerapan jalan halaman rumah nenek sebelah ayah aku.

p/s:Tauke…you kasi tengok ni..tersekat-sekat..tukarla, tak feel la mcm ni..(then tersengih-sengih..padahal dah sebaya ayah aku..ish2..Patutkah aku laksanakan penguatkuasaan ala2 mafia?)