Follow Me on Twitter

Friday, September 17, 2010

Ketawa Rasulullah s.a.w

Entri perkongsian yang disimpulkan melalui Edisi Lengkap Riwayat Rasulullah s.a.w nukilan Maulana Syed Abul Hassan Ali an Nadwi.


Ketawa Rasulullah s.a.w adalah ketawa tanpa suara melalui senyuman. Baginda memang murah dengan senyuman dan hanya pernah ketawa hingga menampakkan geraham sebanyak 3 kali dalam kehidupan baginda. Oleh itu, ketawa baginda bukanlah ketawa yang terbahak-bahak.

Antara peristiwa di mana membuatkan baginda Nabi Muhammad s.a.w ketawa menampakkan geraham baginda adalah ketika peristiwa seorang suami yang merupakan sahabat baginda iaitu Aus bin as-Samit (saudara kepada Ubadah bin as-Samit) telah menziharkan isterinya, Khaulah binti Tha’labah.

“Suamiku telah menziharkan ku ya Rasulallah”

“Hendaklah baginya memerdekan seorang hamba”

“Suamiku tidak mampu mencari hamba dan memerdekakannya kerana dia miskin”

“Hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut”

“Suamiku telah tua, maka dia tidak berdaya berpuasa selama itu”

“Maka hendaklah ia memberi makan orang miskin seramai 60 orang”

“Itu juga tidak mampu dilakukannya”

Nabi Muhammad s.a.w kemudiannya telah mencarikan buah kurma cukup untuk 60 orang miskin dan diberikan kepada Khaulah supaya Aus dapat memberikan 60 orang miskin makan.

“Ya Rasulallah, sesungguhnya tiada yang lebih miskin daripada kami, jadi hanya suami saya yang lebih layak menerima buahan kurma ini”

Baginda kemudiannya merasa geli hati mendengar kata-kata Khulaah lalu ketawa sehingga menampakkan geraham baginda.

Begitulah ketawa Rasulullah s.a.w nabi junjungan kita yang mulia. Menjaga adab baginda supaya tidak keterlaluan ketika ketawa. Bagaimana dengan kita pula? Aku memang sahla terbahak-bahak...sampai sakit perut pun pernah. Ada juga yang cakap ‘gelak sampai pecah perut’ fuh..tahap apa dah tu..