Follow Me on Twitter

Thursday, September 9, 2010

Menjelang raya di Sarawak

Assalamualaikum. Ini sekadar entri peribadi sejak aku berada di Sarawak ini.

Semalam aku bersama mak dan dua orang makcik aku ke Kuching. Nak beli daging dan beberapa benda sempena persiapan raya. Aku teruja memandu van Ford Econovan sekali lagi. Selama ni hanya berpengalaman memandu kapal terbang, kapal selam, Kancil, Kelisa dan Toyota Unser. Memang best tapi agak mencabar juga terutamanya bila berdepan kesesakan di Kuching yang seakan-akan Kuala Lumpur. (Bila pula aku nak memandu Hummer milik aku?hehe)


Ada dua jalan dari kampung aku ke Kuching, sama ada jalan laut dan jalan darat. Tapi semalam aku guna jalan darat kerana feri tak beroperasi disebabkan air surut. Jadi memang seharian aku memandu dari pagi hingga ke petang. Pelbagai tempat aku pergi dan pastinya aku memandu berdasarkan pandu arah yang diberikan oleh makcik aku. (Kalau nak tahu, di Kuching ada banyak bulatan. Ada yang kecil dan besar. Terlalu besar. Bergantung pada makcik aku untuk tunjuk arah)

Sambil-sambil aku berjalan dalam cuaca yang agak panas, tiba-tiba banyak pula kiosk yang menjual wafer dan jagung panas. Dengan bau yang menusuk, tapi ia takla melemahkan semangat aku. Cuma terdetik di hati aku ‘nak minum puas-puas nanti’ aha puasa aku macam dah kurang bila masuk bab nak ‘balas dendam’ ni.


Macam-macam yang dibeli antaranya bekalan daging untuk hari raya hinggalah ke bekas simpanan ais. Dan paling mengujakan aku adalah air yang dah lama aku tak minum sejak aku kecil. Air lemonade. Anda pernah dengar?

Sedap air ni. Adik-adik aku ada yang tak pernah nampak. Siap cakap ‘lain macam je botol ni. Menakutkan’ Aha..di Sarawak memang jadi kebiasaan untuk tetamu dihidangkan dengan air ni selain daripada air tin minuman biasa. Kek-kek jangan ceritalah. Memang dah terkenal pun kek lapis Sarawak tu ^____^.


Semalam juga, aku beli baju raya lagi sepasang dan juga seluar jeans. Ingatkan aku dah tak shopping, rupanya terbeli jugalah baju raya dan jeans tu. Tapi mak dan makcik aku yang belanja ^___^

Dan satu lagi, aku tak jumpa pula DVD movie cetak rompak dijual. Melainkan lambakan DVD games sahaja yang banyak dijual. Hm...banyak kaki gaming agaknya di Kuching.

Okay, itu sahaja rasanya entri peribadi ni. Jadi sebelum mengundur diri, aku ingin berpesan kepada diriku dan orang lain, walaupun Ramadhan telah berakhir, tidak bermakna kita menghampiri saat-saat akhir untuk menjadi manusia yang bertakwa. Hari raya yang menjelma bukan bermakna kita perlu berhenti menjadi lebih baik, malah ia menjadi titik tolak untuk kita terus mengamalkan apa yang kita lakukan ketika ‘program intensif’ yang disediakan Allah.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat blogger dan masyarakat Islam. Sambutlah hari kemenangan dengan bersederhana dan elakkan membazir. ^__^