Follow Me on Twitter

Wednesday, September 8, 2010

Mini Showroom - Chevrolet Camaro

Entri ini Auto Publish.

Walaupun mula hidup sebagai seorang blogger, aku masih mempunyai hobi yang lain. Seperti yang pernah dikatakan sebelum ini, aku merupakan pengumpul die-cast scale model. Jadi melalui Mini Showroom ini aku berkongsi koleksi model aku.

Sebelum showroom dimulakan, siapa tahu BumbleBee? BumbleBee adalah salah satu watak Autobots yang merupakan guardian Sam dalam filem Transformers. Tetapi aku bukan nak ceritakan pasal Transformers atau BumbleBee ni. Cuma aku lebih tertarik dengan kereta yang digunakan untuk watak BumbleBee iaitu Chevrolet Camaro.



Mari kita lihat serba sedikit mengenai Chevrolet Camaro



Chevrolet Camaro yang digunakan dalam filem Transformers adalah berwarna kuning. Selain drpd trak Optimus Prime, ramai peminat Transformers mengumpul model kereta ini yang boleh juga ditransform kepada BumbleBee sendiri.

Aku? Yup, aku juga tak ketinggalan tetapi sebagai peminat die-cast aku masih tak jumpa Chevrolet Camaro yang berwarna kuning. (Maksud aku, yang bukan edisi model Transformers~mahal woo kalau yang boleh transform ni)

Jadi, aku hanya ada scale model 1:18, Chevrolet Camaro berwarna merah ^_______^







p/s:Bukankah bagus kalau ada scale model kereta tempatan? Setakat ini hanya ada scale model Perodua Myvi. Kalaulah ada Proton Satria Neo, Proton Saga, Proton Waja, akan aku pastikan ia termasuk sebahagian koleksi aku. Boleh menjadi inspirasi untuk menggunakan kereta keluaran tempatan.