Follow Me on Twitter

Monday, September 20, 2010

"One in a hole is lucky...but triple?"

“A person’s interests, can reflect his character and personality” Agree?

###

Bayangkan anda seorang juara penembak. Seorang yang sentiasa berlatih menembak sehinggakan setiap tembakan yang mengena bukan disebabkan nasib, malah ia berpunca daripada instinct yang telah sebati di jiwa. Ibarat jasad dan pistol telah bersatu.

Kemudian dalam satu perjalanan, anda terserempak dengan satu cubaan merompak sebuah trak sekuriti. Seorang demi seorang pengawal keselamatan dibunuh oleh sekumpulan perompak. Jika anda berpatah balik, semakin banyak nyawa yang hilang. Dan anda kemudiannya mencapai pistol yang digunakan untuk tujuan pertandingan lalu mula menembak ke arah perompak-perompak.

Ya. Tembakan anda tepat ke titik-titik yang membawa kepada fatal injuries. Anda seakan-akan menembak papan sasaran di mana setiap perompak itu ditembak beberapa kali. Kesemua perompak hampir berjaya dibunuh dan anda kemudiannya ditahan atas tujuan siasatan. Anda dianggap sebagai hero oleh masyarakat kerana berjaya menyelamatkan seorang polis trafik yang turut ditembak ketika di tempat kejadian dan kini sedang koma.

Namun anda kemudiaannya didakwa atas kesalahan menyebabkan kematian dan melepaskan tembakan. Ketika perbicaraan, anda bijak mengawal emosi dan menjawab setiap soalan dengan baik, memandangkan anda adalah lepasan jurusan psikologi. Anda mengatakan tindakan tersebut adalah untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Seandainya situasi yang sama berulang, anda tetap akan melakukan tindakan yang sama.

Akhirnya para juri bersetuju sebulat suara memutuskan anda tidak bersalah. Dan anda bebas menjalani kehidupan semula. Menjalani sebuah kehidupan mewah sebagai seorang yang bekerja dalam bidang pelaburan dan dianggap sebagai wira. Namun, di sebalik itu, anda menyimpan rahsia tentang apa yang sebenarnya berlaku. Rahsia yang turut ingin diketahui seorang polis yang juga pakar menembak, dan masih belum ‘melepaskan’ anda. Rahsia yang hanya terbongkar apabila seseorang beranggapan sudah tiada pilihan lain baginya.

###

Dah bayangkan? Sebenarnya itu adalah serba sedikit mengenai filem Triple Tap lakonan Louis Koo dan Daniel Wu yang baru sahaja aku tengok. Louis Koo membawa watak sebagai Ken Kwan, seorang jaguh menembak yang menjadi saksi utama kejadian rompakan bon di lebuh raya. Juga seorang jurusan psikologi.

Manakala Daniel Woo, seorang polis yang pernah tewas kepada Ken dalam pertandingan menembak. Juga berminat dengan psikologi terutama corak pemikiran penjenayah dan ingin menewaskan Ken.

Jadi, kalau nak tahu apa sebenarnya berlaku dan pengakhiran cerita di atas, tengok sahaja filem tu ^___^