Follow Me on Twitter

Wednesday, September 1, 2010

Prototype Special Screening


Okay, first aku nak cakap, anda takkan lihat poster filem di mana-mana sama ada di nuffnang atau pun syarikat pengiklanan lain :p this is exclusive only for you, readers and mostly for Ciao Annin-sama ^____^

“Filem Prototype ini akan dilancarkan pada 12 Disember dan dijangka mendapat sambutan hangat terutama daripada peminat permainan video Prototype kerana ia merupakan filem yang diadaptasikan daripada permainan video tersebut. Jika sebelum ini kita dipersembahkan dengan aksi lincah Prince Dastan yang menjadi teraju utama dalam filem Prince of Persia, untuk filem ini Tengkorak Emas telah dipertanggungjawabkan membawa watak Alex Mercer, watak anti-hero dalam Prototype. Cuma terdapat penambahan pada penampilan dan keupayaan watak kerana watak Alex Mercer dalam filem ini memakai cermin mata dan turut mempunyai kuasa seperti Cyclop dalam X-Men” (Tolong jangan percaya ^__~)

Bercerita soal wayang, agak terlalu lama aku tak tengok wayang. Hanya bergantung kepada dvd yang direleasekan. Tapi laman web Golden Screen Cinemas memang sentiasa aku singgah untuk aku tahu perkembangan filem tempatan dan luar negara. Kalau dulu, aku memang lebih selesa menonton wayang kat GSC, Alamanda. Sebelum tunggu screening aku mesti berdiri depan skrin yang memaparkan poster-poster filem terbaru.

Yup, I’m obsess with movie poster. Kalau masa sekolah dulu, memang akan aku cari poster-poster filem dalam majalah GEMPAK. Sekarang ni dah tak ada. KREKO pun jarang-jarang terbitkan poster. Tapi aku still ada beberapa movie poster collection yang aku simpan sampai sekarang. Kadang-kadang poster-poster movie tu bagi aku inspirasi untuk berkarya (cewah!)

Okay, itu sahaja yang aku nak cerita. Kepada Ciao Annin-sama, dah percaya ke Tengkorak Emas berlakon filem? ^___^

p/s:bro Fyzal, wallpaper Chicha in progress...Kak Shiela, entri awards in progress...^___^