Follow Me on Twitter

Saturday, September 25, 2010

Registration for Nike City 10k is full!!

Hari ini aku kembali ke laman web Nike City 10k, untuk cuba semula mendaftar penyertaan larian 10k. Oh..memang pendaftaran sudah penuh. Akhirnya aku menerima kenyataan tersebut. Dua hari lepas, aku telah melakukan perkara  yang sama. Cuma, pada kali ini mana tau jika ada pelari yang menarik diri daripada penyertaan.

Memang tidak ku sangka Nike City 10k mendapat sambutan hangat pelari-pelari Malaysia dan Singapura. Mana tidaknya, hadiah yang diberikan agak lumayan iaitu wang tunai RM1000 berserta baucar barangan Nike bernilai RM1000 serta trofi bagi pemenang pertama kategori terbuka lelaki dan wanita acara larian Nike City 10k ini. Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima wang tunai RM750 dan RM500 berserta baucar barangan Nike dan trofi.

Bagi kategori universiti pula, setiap pemenang hanya mendapat baucar barangan Nike tanpa wang tunai dan trofi. Jadi mana tidaknya mendapat sambutan yang hangat. Hanya dengan berlari sejauh 10k sahaja, peluang untuk memenangi semua hadiah tersebut terbuka kepada setiap pelari.

Larian Nike City 10k dijadualkan berlangsung di KLCC pada 10 Oktober ini. Aku sebenarnya boleh mendaftar lebih awal untuk Nike City 10k ini. Tapi itulah...asyik bertangguh-tangguh. Sudahnya, peluang untuk acara larian Nike City 10k yang bakal menghubungkan pelari negara dan  Singapura ini tertutup. Terpaksa tunggu peluang lain.

Penyertaan terakhir aku dalam bidang larian hanya pada tahun 2007 ketika Larian 10k Bangi anjuran Utusan Malaysia. Selepas itu hanya membuat larian biasa di gelanggang futsal. (Hanya dapat sijil penyertaan ketika itu. Mungkin tersenarai dalam top 40. Perut senak ketika larian...hehe...orang kalah memang selalunya ada alasan :p)

Jadi, kalau ada lagi acara Nike City 10k untuk tahun depan. Aku akan pastikan peluang tidak terlepas lagi. Dan janganlah aku bertangguh lagi. Rasulullah s.a.w sendiri tidak menggalakkan sikap suka bertangguh-tangguh ini.

Setelah selesai perang Uhud, Rasulullah s.a.w dan para sahabat tidak duduk berehat walaupun mengalami luka-luka di badan. Baginda sendiri mengalami kecederaan yang agak parah di bahagian muka dan mulut.

Disebabkan tiada kedengaran pihak musuh hendak menyerang Madinah, maka masa yang ada digunakan untuk menghafal al-Quran, memahami maksudnya serta mempelajari hukum hakam agama bagi mereka yang belum menguasainya. Biarpun dalam keadaan cedera, mereka tidak menangguhkan semua itu dengan menunggu saat sembuh. Itulah sikap memanfaatkan masa yang dididik Rasulullah s.a.w kepada umatnya.

Maka, pesan kepada diri ini dan sahabat bloggerku sekalian, jangan amalkan sikap bertangguh-tangguh. Jadi kalau ada idea nak buat entri, tulis sahaja di mana-mana kalau tidak berkesempatan menaip. Kalau bertanguh-tangguh hilang pula idea tu nanti ^____^

p/s:Ada pelbagai cara bersenam untuk badan kekal cergas dan minda cerdas ^____^