Follow Me on Twitter

Friday, September 17, 2010

Senyumlah sayang...

UPSR akan bermula pada 21 September 2010 (Selasa depan). Bagaimana agaknya persiapan pelajar-pelajar Tahun 6. Ada tak antara blogger yang ada adik bakal menempuhi UPSR? Aku ada adik perempuan yang bakal menempuhinya. Walaupun dia nampak relax je...boleh pula layan cerita hantu kat Astro raya-raya ni. Hagemaru jangan cakaplah...

Mak dan abah memang mengharapkan yang terbaik daripadanya. Yela, ibu bapa mana yang tak mahu yang terbaik buat anaknya. Lebih-lebih lagi mak merupakan cikgu sekolah tu dan turut mengajar adik aku dan pelajar lain. Jadi, malam tadi kami sekeluarga turut serta solat hajat dan baca yasin di surau sekolah adik aku. Semoga doa dan hajat kami supaya adik aku dan pelajar-pelajar tahun 6 lulus dengan cemerlang mendapat 5A.

Sebenarnya, bukan nak cerita sangat pasal UPSR ni. Aku nak cerita tentang suasana selepas solat Isyak (selepas solat hajat dan bacaan Yasin). Jemaah yang terdiri daripada ibu bapa bangun dan bersalaman. Memang bagus bila bersalaman dengan semua orang, tapi kebanyakannya bersalam tanpa senyuman dan memandang wajah orang yang disalam. Sekadar hulur tangan sahaja. Itu pun salam sikit kena bahagian jari je. (tak dapat genggam)


Senyumlah sikit..(abaikan perkataan ‘sayang’ pada tajuk entri hehe) Baru terasa dekat dan rapat hubungan silaturrahim tu. Baru terasa nak beramah mesra, bertanya khabar sebagainya. Walaupun muka aku sentiasa serius bila berseorangan tapi masa jumpa orang memang aku senyum. Bukankah senyum itu boleh membangkitkan rasa tenang?

Rasulullah s.a.w sendiri suka memberikan senyuman. Disebabkan itu, para sahabat sentiasa kasih dan ingin menatap wajah baginda. Tak mahukah kita mencontohi Rasulullah s.a.w?

Jadi, tiada salahnya memberikan senyuman dengan niat untuk menjalinkan hubungan persaudaraan tanpa permusuhan. Jangan senyum untuk menggoda pula... Tapi kalau rasa susah nak senyum, cuba apply tips ni ^___^