Follow Me on Twitter

Wednesday, September 15, 2010

“Sik tauk bila lagik kamek dapat ke si nun...”

Sudah 3 hari aku berada di Selangor sejak tiba dari Kuching, Sarawak pada 12 September lepas. Rasa rindu pula dengan kerenah sepupu-sepupu yang ramai di sana. Tak puas sebenarnya seminggu berada di kampung aku, Serpan Laut, Kota Samarahan, Sarawak. Aku ada satu lagi kampung di Bintawa Hilir, Kuching, Sarawak. Tapi semua orang lebih selesa tinggal di Serpan.

Nek Ali + Nek Timah + Mak + Adik-adik + Family Anjang + Family Angah + Acik + Family Usu (Tiada dalam gambar: Family Udak, aku)

Keistimewaannya, seperti yang aku pernah beritahu dalam entri yang lepas, untuk ke sana kita boleh memilih sama ada menggunakan feri atau jalan darat. Tapi perkhidmatan feri bergantung kepada air pasang atau tidak. Bagi aku, lebih baik aku gunakan jalan darat jadi tak perlu menunggu feri. 

Untuk hari raya pertama, aku, mak, adik-adik, atok-nenek, pakcik-makcik dan sepupu-sepupu aku semuanya pergi menziarahi kubur. Itu adalah pengalaman pertama aku di hari raya menziarahi kubur. Walaupun bukan merupakan kewajipan, tapi sememangnya ia menimbulkan rasa keinsafan dan kesyukuran kerana masih diberi peluang meraikan hari raya yang mulia ini. Sebanyak 3 buah kubur diziarahi berselang seli dengan rumah saudara.

Semasa beraya ke rumah sepupu emak, ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Sedang menjamu selera tiba-tiba salah seorang pakcik aku yang dipanggil ‘Usu Ahim’ bersuara,

“Tuk gambar masa Kuching banjir dolok”

Ha? Kuching pernah banjir sampai begitu sekali? Aku pun snap gambar peristiwa tu sambil ada model yang menghiasinya :D


Sepupu aku: Zarif, 11 tahun.

Dan semasa beraya dari rumah ke rumah saudara di kampung, ada sesuatu persamaan yang juga menarik perhatian aku. Semua rumah ada kucing atau dalam bahasa Sarawak, ‘Pusak’. Agaknya sebab nama ibu kota Sarawak Kuching kot banyak orang bela kucing yang comel-comel belaka :D Tak sempat aku snap gambar semua kucing tu. Kalau aku tau boleh aku buat projek gambar kucing-kucing. (Tapi aku pun bukan otak photographer... =__=)

Satu lagi persamaan, kek lapis wajib di setiap rumah :D

Then, hari raya ketiga (sebelum bertolak ke LCCT) aku cuma sempat snap beberapa gambar di Waterfront, Kuching. Itu pun masa emak aku nak beli kek lapis. Betul-betul sebelum kami ke airport. Ada 2 buah kenderaan lagi yang turut sama ke airport menghantar kami tapi mereka bertolak kemudian sebab ada yang belum bersiap.

Dewan Undangan Negeri Sarawak (betul-betul depan Waterfront)

Jadual flight aku awal sejam dari jadual mak dan adik-adik aku. Jadi aku kenalah masuk lebih awal ke pintu berlepas untuk boarding. Sebelum masuk tu mestilah bersalam-salaman semua kan. Hm..agak kelam kabut masa bersalaman tu sebab aku menjangkakan masa boarding semakin hampir. Tapi aku sampai ke LCCT sama waktu dengan mak dan adik-adik aku yang berangkat sejam lewat daripada aku. Cuaca kurang memuaskan jadi ada delay sikit.

Tak kisahlah delay ke tak, tapi masa aku dah masuk pintu berlepas tu, boleh pula mereka semua ni tangkap gambar ramai-ramai.. =____= gambar aku tak ada...

"Ijad (10 tahun), camni mauk sebut 'kamu berdua' dalam bahasa Sarawak?"
"Camtok banglong, kitak duak, mun bahasa kampung, kitak duo (2), mun tigak, tigo (3)"

Akhir kata, aku ulang sekali lagi tajuk entri, “tak tau bila lagi aku dapat ke sana (Sarawak)”. Hujung tahun ni family aku pergi (abah pergi sekali) tapi aku confirm tak dapat. Aii..bila nak dapat pergi lengkap satu family ke sana ni...

p/s: Kembali meneruskan hidup seorang blogger...