Follow Me on Twitter

Wednesday, September 22, 2010

Wax on, Wax off...

###

Apa agaknya di fikiran apabila terpaksa bergelut dengan aksi lasak dan tembak menembak, sedangkan sebelum ini diri sudah terbiasa dengan kerja-kerja diplomat semasa bertugas sebagai pembantu peribadi Pegawai Kedutaan. Lebih-lebih lagi digandingkan dengan ejen khas yang sentiasa bertindak di luar jangkaan. Ibarat hitam putih, mereka berdua jauh berbeza tapi begitu mudah serasi menjalankan misi di Kota Paris.

Sememangnya itu yang Reese mahukan pada mulanya. Namun, seakan kejutan budaya, dia mula mempelajari sedikit demi sedikit suasana tugas sebagai ejen operasi khas daripada rakan setugas baru, Charlie Wax, yang sudah begitu biasa dengan rentak jenayah dan mempunyai cara tersendiri berdepan dengan situasi sukar.

Misi yang pada mulanya hanya melibatkan penyeludupan dadah rupanya berkait dengan sumber kewangan dan kegiatan pengganas. Dan apa yang lebih mengejutkan Reese, setiap yang ditemui membawa kepada penemuan baru yang tidak disangka olehnya berkait rapat dengan seseorang. Dengan bantuan si cekap Charlie Wax, Reese perlu menggagalkan satu cubaan pengebom berani mati daripada meletupkan diri ketika Delegasi Amerika Syarikat tiba di sebuah konferens.

###


Sebuah filem yang penuh dengan aksi dan gaya yang mengujakan oleh Charlie Wax (John Travolta) dan Reese (Rhys Meyer). Seperti sudah menjadi kebiasaan, filem sebegini gemar mengandingkan watak dua orang rakan setugas yang berlainan personaliti dan sifat namun pada akhirnya berjaya bergandingan dengan baik.

Tetapi apa yang dikesalkan adalah persepsi pengarah yang menggambarkan Islam secara tidak langsung sebagai pengganas. Memang sudah banyak filem yang menggambarkan sedemikian. Penonton juga sudah banyak yang pandai berfikir. Namun, tak perlu melatah kerana ia sendiri berpunca daripada sikap sesetengah penganut Islam yang ekstrem dan tak memahami jihad sebenar menurut Islam. Pengarah pula terikut-ikut dengan propaganda yang dibawakan pihak yang menuding jari ke arah Islam.

Watak kumpulan pengganas dalam filem ini merupakan orang Pakistan yang tinggal di Paris. Mereka terlibat dengan aktiviti jual beli dadah dan pelacuran. Terdapat juga babak pengebom berani mati seakan-akan melafazkan shahadah sebelum cuba meletupkan keretanya.

Oho...this is wrong man...Guna hasil dadah dan pelacuran sebagai dana untuk berjihad? This is not Islam. Sama ada pengarah filem atau orang-orang Islam yang ekstrem, tolong kaji sejarah Rasulullah s.a.w, supaya anda memahami erti sebenar dan corak perjuangan baginda. Supaya Islam tidak lagi ditanggapi sebagai agama keganasan.