Follow Me on Twitter

Friday, September 17, 2010

Yeay! Kad raya daripada blogger!

Sekembalinya aku raya dari Sarawak pada 12 September lepas, cepat-cepat aku bertanya pada abah aku,

“Bah, ada sampai apa-apa tak untuk ato (nama sebutan aku) ?”

“Ada, atas meja tu”

Apa lagi aku pun cepat-cepat pergi ke meja dan...aha, ada kad rayalah :D Kad raya daripada Kie-yu, tuan punya blog Rumah 4Tingkat. Bestnya! Tak sangka Kie-yu sudi turun dari rumah 4 tingkatnya untuk pos kad raya pada aku hehe  dari Johor Bahru pula tu, terima kasih Kie-yu!!


Selamat hari raya juga buat Kie-yu dan blogger-blogger lain ^___^ Hidup seorang blogger di hari raya begitu indah bila dapat kad raya hehe Rasa bangga pun ada bila nama penuh aku disertai dengan nama samaran ‘Tengkorak Emas’ :D Terima kasih sekali lagi Kie-yu. Maafkan salah silap TE sepanjang berkecimpung dalam dunia blog ni. Kalau ada salah komen ke, buat Rumah 4Tingkat Kie-yu bersepah ke ^___~



p/s: Bagaimana sahabat blogger lain? Ada dapat kad raya daripada sesiapa tak? Sharelah sikit hehe...