Follow Me on Twitter

Wednesday, September 22, 2010

Yes!! Cashout pertama aku

Opss..jangan terlalu teruja..hehe Ini bukan cashout nuffnang. Tapi program Paid To Click Neobux. Salah satu program PTC yang terbukti legit berdasarkan reviews di beberapa blog dan forum. Lebih-lebih lagi aku sendiri dah cashout serta merta ke akaun Pay Pal. Takla banyak mana pun. Tapi teruja juga dapat earning dalam US Dollar.

So just nak share program ni kepada sesiapa yang berminat. Program ni takla sampai boleh bagi shortcut untuk kaya tapi kalau serius memang boleh jana side income. Setakat ni masih legit. Lagipun earningnya pun munasabah. Tak seperti Ten Dollar Click yang memberi pulangan $10 dengan sekali klik. Memang gila...sah-sah tu scam. Syarikat pengiklanan mana yang sanggup bagi $10 untuk satu klik? Sedangkan pengiklan pun bayar mungkin dalam $5 untuk satu iklan mereka.

Jadinya, Neobux ni hanya bagi pulangan 0.01 untuk setiap klik. Purata sehari hanya dapat klik sebanyak 4 kali untuk ahli standard (yang berdaftar secara percuma). Kalau bijak melabur untuk rented referral (kiranya macam downline yang disewa) bolehlah dapat lebih sikit untuk sehari.

Bukti payment Neobux ke Pay Pal...biar sikit-sikit dulu

Aku join program ni dah lama dan cuba buat secara konsisten walaupun ada beberapa hari yang aku miss sebab tak online. Cashout pertama had min $2, kemudian cashout seterusnya had min meningkat $1 setiap kali sehinggalah payout request yang ke 10 (bermakna ketika itu payout min $10) barulah tiada limit. Hmm..kalau betul caranya tak mustahil dapat $10.


So ada sesiapa yang berminat? Ini bukan program untuk cepat kaya tau. Cuma jana duit sampingan sahaja. Daftar percuma, tapi kena pastikan yang anda sudah membuka akaun Pay Pal (semudah makan kacang sahaja buka akaun Pay Pal, nanti kalau dah banyak boleh withdraw ke akaun Debit Card Maybank) Klik banner jika berminat. Dan secara jujurnya, jika mendaftar, anda akan menjadi direct referral aku. :D

Alang-alang dah cerita tentang side income ni. Baik aku cerita panjang. ^___^ memang banyak peluang untuk kita jana pendapatan di internet asalkan betul caranya. Ada yang buat ebook berguna seperti abang ensem yang buat ebook pelaburan hartanah. Ada yang sign up nuffnang, manggaads, advertlets, untuk jana income melalui blog. Terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana dia mencari peluang.

Jadi, satu lagi yang aku sertai adalah Youthsays, komuniti belia yang menjadi platform untuk belia menyatakan pendapat dan menjawab survey. (Ya, aku memang suka survey dan menyatakan pendapat) Selain itu, ia turut menyediakan peluang menjana pendapatan sampingan dengan mempromosikan iklan. Aha..inilah program yang boleh membuatkan status Gliterrati anda ditarik oleh nuffnang. Sampai sekarang aku masih menunggu cash out pertama hasil daripada mempromosikan iklan dan menjawab survey. Masih belum diapprove =___=

So kalau ada sesiapa yang berminat nak menyertai Youthsays, boleh klik di sini. Aku jemput anda semua menyertainya. Secara jujurnya, aku dapat RM 0.20 setiap kali seorang berdaftar. :D

p/s:kenapa aku begitu jujur?muahaha