Follow Me on Twitter

Sunday, October 10, 2010

3 animasi Flash kegemaran

Ada sesiapa peminat animasi flash? Atau pun ada tak mana-mana blogger yang develop character dan buat animasi flash sendiri? Setakat ni aku tertarik dengan 3 animasi flash yang merupakan hasil kerja luar. Bagi aku animasi yang dihasilkan nampak kemas, profesional, dan menghiburkan.

Benda ni sebenarnya dah lama. Tapi ketika itu aku masih belum mempunyai blog. Jadi inilah masanya untuk berkongsi minat aku.

Pucca

Siri animasi dari Korea ini pernah ditayangkan di TV3. Pucca seorang gadis comel yang berusia 10 tahun dan jatuh cinta dengan ninja yang berusia 13 tahun iaitu Garu. Lawak juga aku tengok kerenah Pucca yang sibuk mengejar Garu. Si Garu pula sentiasa cuba untuk melarikan diri daripada Pucca. Dalam pada itu ada juga watak lain seperti Abyo, kawan rapat Garu, serta ninja lain seperti Tobe yang ingin mengalahkan Garu. Tapi mereka semua pasti dikalahkan Pucca.
Antara babak yang melibatkan Abyo dan Pucca


Happy Tree Friends

Pada awalnya aku sangkakan ia adalah antara animasi yang berkisarkan kisah watak-watak yang comel tapi rupa-rupanya...memang ada keunikan sendiri walaupun tanpa dialog. Ganas betul! Memang buat aku terkejut :D Jadi animasi ini tak disarankan untuk ditonton oleh kanak-kanak.
Antara babak episod Happy Tree Friends


Mr. Boomba

Ini adalah animasi ringkas dari Korea yang begitu menarik. Mengisahkan Mr. Boomba dengan tagline ‘Funky Tough Guy’ yang cuba memikat gadis comel idamannya. Dalam usahanya memikat itu ada sahaja tidak kena yang memalukan dirinya sendiri di hadapan gadis idaman. Memang menarik! Ditambah dengan penataan soundtrack yang memang tepat pada waktunya, animasi ini memang paling kelakar :D

Episod 9 yang kelakar gila!


p/s:Nak develop character untuk animasi flash aku sendiri...tapi bakat tak muncul-muncul =_=