Follow Me on Twitter

Tuesday, October 26, 2010

3 Idiots yang bijak

“Ya bos, cerita apa mau?” tanya tauke kedai tatkala aku melangkah masuk ke kedai DVD nya.

“Tauke, 3 Idiots ada?” (baguslah tu, dia panggil aku bos, aku panggil tauke)

“Ada ada” lantas dia menyuruh pembantunya ke belakang. Dan tak lama kemudian pembantunya datang kembali bersama sekeping DVD.

“Eh, original tak ada ke?” yang dibawanya tu pirate sedangkan aku menjangkakan DVD original.

“Sudah habis. Tapi ini gambar lawa juga. Original copy”


Hm...rasa hati memang dah tak tertahan nak tengok filem tu so aku pun belilah. RM 6. Semakin murah harga dvd pirate ni. (Atau mungkin sebab aku pelanggan tetap kot hehe)

Okay, filem 3 Idiots ni memang menarik. (Ya, memang aku baru tengok sedangkan dah kira lama juga release) Kualiti memang sama seperti original DVD (so macam mana nak bagi orang tak nak beli pirate?ceh..aku pun salah juga hehe) Filem ini mengisahkan tentang persahabatan 3 orang sahabat ketika sama-sama menuntut di kolej kejuruteraan. Ia bertemakan nilai persahabatan dan juga semangat menuntut ilmu yang sebenar (jadi bukan filem cinta)

Aamir Khan membawa watak utama Rancho, seorang pelajar bijak yang merasakan sistem kolejnya tidak sesuai bagi menghasilkan seorang graduan yang bermutu. Baginya, setiap pelajar hendaklah belajar demi menuntut ilmu dan bukan semata-mata untuk mencapai gred tinggi. Dia kemudiannya turut menarik pehatian Raju dan Farhan yang kemudiannya menjadi sahabatnya.
 Kiub Rubik sentiasa di tangan

 Rancho jadi pelajar terbaik

 Mr. Virus akhirnya sedar

 Hari graduasi

Nilai-nilai positif dalam filem
-Harus mempunyai rasa keterujaan untuk menuntut ilmu yang diminati.
-Menuntut ilmu demi ilmu itu sendiri dan bukannya kelulusan semata-mata.
-Jangan mengejar kejayaan, sebaliknya jadilah seorang yang betul-betul bagus dalam bidang yang diceburi, dan ketika itu kejayaanlah yang akan mengejar.
-Biarlah kejayaan diperolehi bersama-sama rakan seperjuangan.
-Tahu apa kelebihan dan potensi diri berdasarkan minat.
-Ilmu bukan sekadar dihafal, tetapi turut difahami.

Nilai-nilai negatif dalam filem (diambil pengajaran)
-Pelajar putus asa dan membunuh diri, sedangkan itu bukan sikap seorang pelajar.
-Guru tidak memberi sokongan kepada pelajar-pelajar yang lemah.
-Kenakalan yang melampau hinggakan tidak menghormati guru.
-Ibu bapa merancang kerjaya anak tanpa mengambil tahu kebolehan sebenar anak.

Secara keseluruhannya, filem ini memang menarik dan menghiburkan apabila melihat kenakalan 3 orang sahabat tersebut terhadap guru mereka yang digelar Mr. Virus. Juga amat mengharukan apabila melihat semangat setiakawan mereka dan harapan ibu bapa mereka.. Selain itu, unsur percintaan yang rasional juga diselitkan sedikit (biasalah Hindustan) antara Rancho dan Pia (Kareena Kapoor) anak kepada Mr. Virus.

Jadi, kepada peminat filem Hindustan, filem ini memang salah satu pilihan terbaik untuk tontonan anda.

p/s:Tahniah kepada HadiRofiee atas konvokesyen :)