Follow Me on Twitter

Monday, October 18, 2010

5 koreografi filem Martial Arts terbaik

Choreography is the art of designing sequences of movements in which motion, form, or both are specified.” - Wikipedia

Okay, hanya sekadar nak berkongsi filem yang aku rasakan mempunyai susunan koreografi yang menarik bagi genre filem yang melibatkan seni mempertahankan diri. Ia hanya pendapat aku sebagai penonton dan peminat seni mempertahankan diri.

Undisputed III Redemption


Scott Adkins memabawa watak sebagai Yuri Boyka, fighter Russia yang pernah tewas dan mengalami kecacatan pada lutut kanannya. Demi mencapai kebebasan, dia akhirnya bersetuju untuk menyertai Prison Schetz Championship yang disertai beberapa fighter yang juga merupakan banduan dari beberapa negara. Pertandingan yang penuh aksi itu dianjurkan secara haram oleh pihak penjara Gorgon, serta melibatkan pertaruhan sehingga berjuta-juta dollar.

Jenis Martial Arts – Mix Martial Arts (Kickboxing+Wrestling), fight in the ring



Siri Ip Man


Donnie Yen membawa watak Ip Man, guru kepada legenda Bruce Lee. Mengisahkan perjuangan rakyat China menentang penjajahan Jepun dan Inggeris. Ketiga-tiga siri filem tentang Ip Man mempersembahkan koreografi yang menarik. Namun, dalam filem The Legend is Born – Ip Man, watak Ip Man tidak dipegang Donnie Yen.

Jenis Martial Arts – Wing Chun, Anywhere


Siri Ong Bak


Tony Jaa, nama yang memperkenalkan seni Muay Thai yang digarap dalam ketiga-tiga siri filemnya, Ong Bak. Dalam filem Ong Bak 2 dan Ong Bak 3, unsur tarian tradisional dimasukkan dalam koreografi persembahan seni Muay Thai.

Jenis Martial Arts – Tomoi Muay Thai, Anywhere


Raging Pheonix


Sekumpulan penari jalanan cuba mematahkan sindiket penculikan gadis muda bagi menghasilkan sejenis minyak wangi daripada air mata gadis (oh...aku hanya ingin fokus pada soal koreografi, kadang kala jalan cerita sedikit pelik) Filem ini dibintangi Jeeja Yanin yang (juga watak utama filem Chocolate), merupakan salah seorang pelakon perempuan yang berbakat dalam seni mempertahankan diri.

Jenis Martial Arts – Mix Martial Arts (B-boy dancing+Muay Thai), Anywhere


Bangkok Adrenaline


Dibintangi Daniel O’ Neill, mengisahkan sekumpulan remaja diugut untuk membayar hutang mereka ke atas kelab perjudian. Mereka diberi tempoh seminggu untuk mencari 1 juta dollar. Mereka mengambil keputusan untuk menculik anak perempuan keluarga hartawan yang juga merupakan seteru kongsi gelap tersebut. Rupa-rupanya, nyawa anak perempuannya berada dalam bahaya kerana ingin dibunuh konsi gelap.

Jenis Martial Arts – Mix Martial Arts (Acrobatics+Muay Thai), Anywhere