Follow Me on Twitter

Tuesday, October 5, 2010

Belajar daripada pisang

Entri ini adalah perkongsian berdasarkan pembacaan aku dalam buku ‘U-Turn ke Jalan Lurus’ hasil tulisan perunding motivasi Zul Ramli M. Razali, yang telah diolah sedikit.

Kata orang yang bergiat dalam seni mempertahankan diri, kalau nak kuatkan urat keting (khasnya untuk tomoi) sepaklah batang pisang. Betul ke?


Mungkin sebab itu pokok paling lemah. Yalah, takkan nak sepak batang pokok kelapa pula. Apa yang pasti dengan tumbukan dan sepakan, apatah lagi dengan hayunan parang, batangnya pasti rebah menyembah bumi.

Ya, pisang kalah!

Betulkah kalah?

Tunggu dulu. Cuba datang keesokan harinya dan pada tunggul yang terdedah kelihatan pulur baru berwarna hijau muda mula terjulur.

Tak puas hati? Sila nyalakan unggun api dan bakar ia. Kasihannya pisang, ia ditewaskan lagi.

Namun hari-hari berikutnya, pucuk baru mula keluar dari rekahan tanah.

“Terima kasih! Abu-abu pembakaran menjadi baja penyuburku!” Sorak pisang.

Masih tak puas hati? Nah ambil cangkul ini. Biar digali hingga ke akar umbinya. Keluarkan dan campakkan ia ke lembah kosong. Biar mati terpinggir.

“Kali ni pasti pisang tewas” Getus hati manusia.

Masih terlalu awal untuk menilai. Setelah bertahun-tahun, cubalah datang ke lembah kosong itu. Dan jangan terkejut melihat seluruh lembah kosong itu dipenuhi pokok pisang. Bukan sekadar batang tetapi sarat dengan tandan buahnya.

“Biarku mati sendiri setelah berbuah. Tapi itu bukan tandaku menyerah. Anak-anak baruku sedia mewarisi semangatku” Pisang berkata tegas.

Lihatlah manusia, selemah-lemah pisang, ia mempunyai semangat yang kuat. Disebabkan semangatnya yang kuat, kejayaan bukan mustahil padanya. Marilah belajar daripada si pokok pisang. Marilah mencontohi semangatnya agar kita dapat menghadapi cabaran dan dugaan ^___^

Pisang sedap dimakan bersama coklat, untuk full energy :D

p/s: Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia bukan? Kepada adikku yang gagal test JPJ di bukit, jangan menyerah kalah. Kuatkan semangat untuk mengulang semula. ^___^