Follow Me on Twitter

Saturday, October 2, 2010

Bila lembu mula mengungkit...

Sekadar berkongsi satu kisah yang aku baca dalam buku Membina Unggul Lelaki karya Dr HM Tuah Iskandar al-Haj. Kadang-kadang perkara baik yang kita lakukan tak perlu dicanang-canangkan, dikhuatiri akan membawa sifat riak dan takbur. Tetapi, kadang kala perkara baik itu perlu ditunjukkan supaya boleh menjadi contoh kepada orang lain.


Cuba renungkan dialog antara ayam dengan lembu ini:

Ayam             : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri.
Lembu           : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam             : Tengoklah. Apa mereka buat pada aku.
Lembu           : Hah, buat apa pulak?

Ayam             : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak ada nanti. Tapi manusia memang tak berhati perut. Hari-hari dia makan telur aku, macam mana aku nak dapat anak.

Lembu           : Alah, kau punya masalah kecik je.

Ayam             : Maksud kau?

Lembu           : Aku ni kalau difikirkan nasib aku lagi malang. Rasanya nak bunuh diri pun ada. Bayangkan. Hari-hari manusia minum susu aku, tapi seorang pun tak pernah panggil aku mak.

p/s: Buat baik pun tak perlu dikecohkan, inikan pula kejahatan dan keaiban orang lain.