Follow Me on Twitter

Monday, October 18, 2010

BSOD, don't mess with me

BSOD..adalah singkatan kepada Blue Screen of Death. Ada yang memanggilnya Blue Death Screen. Dalam bahasa melayunya bolehlah dipanggil Skrin Biru Kematian. Apakah maksudnya? Itu adalah petanda terdapat kerosakan dalam sistem PC anda dan BSOD merupakan paparan yang mengandungi maklumat untuk sebarang diagnostic.

Ini kali kedua aku berdepan dengan BSOD apabila 2 hari lepas, laptop ayahku mengalami masalah untuk boot in Windows XP. Kalau kali pertama dahulu aku berdepan dengan masalah BSOD: Login Fatal Error pada PC rakanku, kali ini aku berdepan dengan BSOD: Unmountable Boot Volume. Masalah ini dikesan apabila BSOD muncul ketika proses boot Windows.


Antara puncanya yang aku boleh jelaskan adalah disebabkan ada file system yang corrupted atau damaged. Jadi BSOD dipaparkan untuk mengelakkan akses kepada di mana terletaknya file tersebut.

Apakah yang mesti dilakukan?

Pertama sekali, jangan panik. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Secara umumnya masalah BSOD Stop Error untuk Unmountable Boot Volume boleh diselesaikan dengan mudah jika anda mempunyai CD Windows (Untuk pengguna Windows XP).

Masukkan CD Windows XP dan boot melalui CD. Apabila menu setup dipaparkan, tekan R untuk akses ke Windows Recovey Console. Jika anda ada menetapkan password, maka anda diarahkan untuk mengisi ruang password.

Kemudian, di ruang Command Prompt yang dipaparkan, taip chkdsk /r dan tekan ENTER. Proses pemeriksaan untuk sebarang kerosakan dan pemulihan pada file system akan dimulakan. Taip exit dan tekan ENTER apabila ia tamat. PC/laptop anda akan restart.

Contoh ruangan Command Prompt dalam Windows (tak sempat snap ketika Recovery Console, *Paparan Recovery Console hanya berwarna hitam*)


Jika masih belum pulih, ulangi semula langkah tadi dan gantikan chkdsk /r dengan fixboot. Tekan ENTER. Proses pemulihan pada boot sector hard drive akan dimulakan.


Pada kebiasaannya, masalah tersebut dapat diselesaikan melalui langkah-langkah di atas. Jadi untuk lebih memudahkan, adalah disarankan supaya Windows Recovery Console diinstall ke dalam Windows Startup. (bagi pengguna Windows XP)

Caranya:
Masukkan CD Windows XP ke dalam CD Drive.
Klik Start dan Run.
Taip E:\i386\winnt32.exe /cmdcons (E sebagai tanda CD drive)
Kotak dialog akan muncul. Pilih Yes untuk install Recovery Console. Tunggu proses install tamat.
Restart dan anda akan lihat pilihan untuk Recovery Console ketika Windows Startup selain pilihan ke Windows XP.


So, BSOD, don’t mess with me...you should know Tengkorak Emas better...cewah! ^___^

Artikel berkaitan: Microsoft Support

p/s:Langkah di atas untuk pengguna Windows XP...untuk Windows Vista atau Windows 7, aku tak pasti cara menyelesaikan masalah ini. Mungkin sama selagi ada Windows Recovery Console disediakan. Ada ramai lagi ke pengguna Windows XP seperti aku?