Follow Me on Twitter

Thursday, October 28, 2010

Common knowledge bagi pengguna jalan raya

Apa yang aku bakal kongsikan ini adalah berdasarkan pemerhatian aku sepanjang memandu dan juga kebiasaan pengguna jalan raya yang lain. Walaupun pengalaman aku sebagai pengguna jalan raya belum cukup lama, tetapi adalah lebih baik aku kongsikan sedikit apa yang aku faham.

Lorong lebuhraya kanan dan tengah

Lebuh raya kebiasaannya mempunyai 3 lorong iaitu lorong kiri, tengah dan kanan. Kita selalu lihat papan tanda ‘Kenderaan berat gunakan lorong sebelah kiri’. Kenderaan berat seperti bas dan lori. Tetapi ia juga ditujukan kepada kenderaan ringan yang ‘berat’ kelajuannya. Jadi, kalau tidak memandu laju, tidak perlu rasanya untuk menggunakan lorong tengah dan kanan kerana ia akan menyusahkan pemandu lain. Hanya kenderaan yang bergerak laju di lorong kanan dan sederhana laju di lorong tengah.

sebesar mana pun kenderaan yang dipandu, tidak menjadikan anda raja di jalan raya

Arah bulatan

Kalau sesiapa yang ingin melalui bulatan pastinya perlu memahami papan tanda bulatan terlebih dahulu. Pada kebiasaannya, arah bulatan disamakan dengan arah pukul jam iaitu Jam 12, 3, 6, 9. Jadi, kalau ada yang bertanya, “nak masuk arah pukul berapa ni?” Janganlah dilihat jam di tangan pula. ^____^

Penggunaan high beam

Manusia bukan semuanya sempurna. Masing-masing tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Jadi, sebagai pengguna jalan raya, perlu ada sikap saling ingat-mengingati. Ketika itulah gunanya kelipan lampu tinggi sebagai amaran dalam jarak yang jauh selain hon. Ia adalah isyarat yang perlu difahami. Bukan saja-saja pemandu lain memberi isyarat sedemikian kepada anda. Sama ada ia bermaksud, ‘beri laluan kepada saya’, ‘lampu anda tinggi dan mengganggu pengguna lain’ atau apa-apa maksud lain bergantung pada situasi.

Angkat tangan

Sebagai pengguna jalan raya juga, kita perlu mengamalkan sikap bertolak ansur dan berbudi bahasa. Bagaimana untuk ber’bahasa’ apabila pengguna lain ber’budi’? Angkatlah tangan sebagai tanda terima kasih. Tidak susah bukan?

Yang ni pun tak terlepas daripada peraturan jalan raya

Lampu kuning tandanya?

Merah tandanya ‘sila berhenti’. Hijau tandanya ‘sila jalan’. Kuning? Ramai pengguna yang salah faham maksud lampu isyarat kuning lalu terhasillah common knowledge yang tersendiri. Kuning tandanya ‘bersedia untuk memecut!’ (yang ni jangan diikut XD)

p/s:Ada lagi tak? Sila kongsikan bersama ^____^