Follow Me on Twitter

Wednesday, October 27, 2010

Contest Review Blog Dauspozi.com

Kelas Tingkatan 2 Jaya...

Semua pelajar kelihatan asyik dengan kerja masing-masing sambil menunggu kedatangan guru mereka. Pada kebiasaannya, guru mereka mesyuarat pada hari Khamis. Jadi masa yang ada digunakan mereka dengan sebaiknya untuk persediaan kelas.

Tidak lama kemudian, bunyi derapan kasut menghampiri kelas tersebut. Guru mereka melangkah masuk dengan penampilan yang kemas.

“Selamat pagi cikgu” Pelajar-pelajar 2 Jaya bingkas bangun.

“Selamat pagi semua, sila duduk”, guru itu tersenyum.

“Amir, tolong padam papan tulis,” arah guru itu.

Amir bingkas bangun melaksanakan arahan gurunya. Sedang Amir memadam contengan kapur tulis di papan itu, seorang pelajar bersuara,

“Cikgu, kenapa kita masih guna papan tulis yang lama? Sekolah lain kebanyakannya dah guna whiteboard cikgu?”

“Apa salahnya, warna hijaukan warna yang boleh memberi ketenangan. Lebih-lebih lagi ia warna kegemaran Rasulullah s.a.w. Lagipun...ingat hijau..ingat Daus” jawab cikgu.

“Eh, siapa pula Daus tu, cikgu?” tanya pelajar lain.

Daus tu blogger. Dia ada blog juga macam cikgu,” jawab cikgu seraya tersenyum.

“Oho...ramai dah ada blog sekarang kan cikgu? Saya pun ada blog, saya nak perbaiki mutu penulisan saya...dan mencari kenalan baru...” pelajar lain turut bersuara.

“Ha baguslah macam tu. Jadi pengisian blog perlu diutamakan terlebih dahulu. Ambil contoh Daus ni. Blognya penuh dengan informasi berkenaan tips blogging dan tutorial blog. Bila isi blog pun dah bagus, mesti ramai yang nak baca. Sebab ramai yang perlukan tips blogging. Kiranya Daus Pozi ni tahu kehendak pasaran. Sebab tu tak hairanlah kalau follower blognya  mencecah 1085 orang...”

“Wah...mesti mereka semua bila ingat hijau ingat Daus...hehe”

“Itu tagline blog dia. Penggunaan tagline yang mudah diingati boleh menjadi faktor penarik pembaca. Lihatlah, umurnya  baru 16 tahun tapi sudah berjaya mencipta nama di kalangan blogger”

“Eh mudanya...kiranya saya pun boleh jugalah?” tanya seorang lagi pelajar.

“Pasti boleh! Kamu ambil contoh Daus ni. Lihat blognya di dauspozi.com. Lihat bagaimana dia menarik pembaca supaya sentiasa datang ke blognya. Selain isi blog yang cikgu katakan tadi, Daus memastikan susunan blognya sentiasa kemas dan tidak berserabut. Warna hijau muda sebagai warna tema juga menarik perhatian serta bertepatan dengan tagline blog. Tapi mungkin ada juga yang anggap warna itu terlalu terang. Biasalah, kita tak dapat nak puaskan hati semua orang.”

“Kena pergi CC la nampaknya. Broadband rumah saya dah sampai limit...” kata seorang pelajar.

“Hmm..biar cikgu tunjuk sekejap ya..” cikgu itu lantas membuka laptopnya dan menggunakan broadband Celcomnya untuk melayari internet. Paparan laptop dipaparkan melalui LCD projector.


“Ha tengok. Buka blog dia pun sekejap sahaja. Takla kita bosan menunggu”

“Wah...cantikla...sejuk mata memandang...header blognya simple dan kemas” respon seorang pelajar.


"Follower pun betullah ramai...kagumla...memang Ingat Hijau Ingat Daus semua Geng Blog Hijau tu" kata seorang pelajar lain.


“Tapi masih ada kekurangan sedikit sahaja. Cikgu pernah guna Meta Tag Analyzer untuk analisis blog Daus ni. Apa itu Meta Tag Analyzer? Lain kali cikgu terangkan ye. Keputusannya,

Jumlah url masih lebih 100. Implikasinya adalah pada keberkesanan enjin carian seperti Google.


Sebelum ni ada perkataan ‘porno’ digunakan. Ini akan menyebabkan Adult Filters diaplikasikan ke atas blog Daus. Tapi blog Daus ni bukanlah blog lucah. Cuma penggunaan perkataan ‘porno’ tu serba sedikit memberi kesan ke atas enjin pencarian kerana ia dianggap Adults Words.

Tapi sekarang dah okay sedikit, lihat perbezaannya. Analisis bagi malam tadi.


Tetapi secara keseluruhannya, prestasi blog Daus Pozi ni memang bagus. Lihat saja ranking blognya.


Jadi cikgu cadangkan kamu semua lawat blog ni untuk dapatkan input berguna. Ada pelbagai jenis tutorial yang boleh kamu cari dan macam-macam lagi ikut kategori mana kamu nak. Daus dah letak navigasi mengikut kategori di sidebar blognya”


“Baik cikgu!”

“Okay, memang tak cukup perbualan kita tentang blog dia. Tapi, nanti sampai habis waktu saya tak mengajar subjek Bahasa Melayu. Apa yang penting, bila ada blog jadikan ia hobi yang bermanfaat dan memberi kepuasan diri seperti yang Daus Pozi lakukan. Cari kenalan baru sambil bertukar pandangan. Dan yang lebih penting...ingat hijau..

Ingat Daus!!!” pelajar-pelajar tersebut menjawab serentak.

“Ya bagus, Ingat Hijau Ingat Daus. Hm..apa kata kamu semua buat karangan tentang faedah blog pada masyarakat sebagai homework. Submit pada saya keesokan hari”

“Baik cikgu!” jawab semua pelajar.

“Cikgu, satu soalan terakhir..contest apa yang blog Daus anjurkan tu cikgu?

“Oh, itu contest review blog dia. Beri ulasan tentang kebaikan dan keburukan blognya dauspozi.com. Banyak hadiah menarik yang ditaja oleh iHosterz, Yanmie, Mantra, Che Noorazma, Noridah, Fareed Sairi, dan Yiedpozi. Mereka ni semua pun blogger juga yang saling menyokong sesama blogger. 


Sesiapa yang menang memang bertuahlah dapat hadiah daripada mereka. Hadiah memang menarik. Kalau saya cerita sekarang mesti air liur kamu meleleh punyalah. Ada juga yang ditaja Daus Pozi sendiri. Kalau kamu nak tahu lebih lanjut, boleh pergi ke sini. Contest ini bermula sejak 15 Oktober 2010 dan akan berakhir pada 31 Oktober 2010. Tapi hanya blogger yang berumur lebih 16 tahun sahaja boleh menyertainya. Syarat-syarat lain boleh lihat di blognya.”

“Alaa...yeke...tak dapatlah kami join. Cikgu tak join? Cikgu kan ada blog...” tanya seorang pelajar lain.

“Hm...cikgu low-profile...tapi low-profile pun kalau kamu nampak emas mesti ingat cikgu kan...”

Seorang pelajar pantas menjawab, “Mestilah...cikgukan Tengkorak Emas

“Aha, pandai kamu ye...okay sudah, mari mulakan pelajaran kita”

Tamat.

p/s:Ini adalah entri sempena contest yang dianjurkan Daus Pozi serta ditaja oleh iHosterzYanmieMantraChe NoorazmaNoridahFareed Sairi, dan Yiedpozi.